You are currently browsing the daily archive for November 3rd, 2008.

Alhamdulilah akhirnya, tercapai juga niat saya untuk mula mencoretkan sesuatu dalam “rumah baru” saya ini. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk berhijrah ke format blog yang baru.

Ahlan Wasahlan teman-teman sekalian.

Maaf dipohon kerana teratak saya ini masih belum begitu lengkap, walaupun sudah mendaftar wordpress 3 hari lalu. Tiada design template yang menarik atau link rakan-rakan seperjuagan sekalian. Adat orang baru berpindah, tambahan lagi rumah bujang pula tu..memang belum ada kelengkapan yang hebat-hebat. ^_^

……………………………………………………………………………………………………

WordPress ? Apa tu?


“Kak..nak emel address akak, nak no telefon, semualah nak!,” saya menghulurkan kertas dan pen kepada fasilitator kumpulan saya Kem Pre Departure IMAM di Hulu Langat ketika hampir 2 tahun yang lalu.

Setelah permintaan saya ditunaikan, saya meneliti satu-satu maklumat yang tertulis itu.

Nama, alamat, no telefon, emel, universiti di UK..cukup..semuanya ada. Saya tersenyum riang. Lepas ni, bolehlah saya layan chatting dengan kakak fasilitator saya ini, boleh tanya semua sekali tentang UK.

Tiba-tiba, mata sata terlihat kelibat satu lagi maklumat yang saya tidak begitu pasti apakah gerangannya.

“http://muharikah.wordpress.com/

Saya mengerutkan dahi.

“Eh , kak Aisyah..apa ni..Muharikah? WordPress? Muharikah tu siapa? WordPress tu apa pula? Apakah?” soal saya terpinga-pinga.

Ketika itu, puas Kak Aisyah menjelaskan apakah itu yang dinamakan blog, tetapi secara jujurnya saya tidak berapa faham sangat butiran penerangannya. Hanya mengangguk-angguk tanda faham.(Tetapi sebenarnya tak faham sangat pun. huhu)

Pernah saya cuba melawati apa yang dinamakan “muharikah.wordpress.com”, tetapi benarlah kata orang, bila kita tak kenal dan tak fahami tentang sesuatu, sukar untuk kita menghargai, apatah lagi untuk mencintainya.

Memang, sebelum saya berhijrah ke UK, saya tidak ambil pusing langsung tentang blog, baik untuk membacanya, jauh sekali untuk menulis.

Nama-nama seperti blogspot, wordpress, multiply memang kedengaran asing di telinga saya.

Naif betul saya ketika itu.

Namun, alhamdulilah, hari ini setelah berpeluang menulis sendiri, saya sudah mula menghargai penulisan dan pendapat orang lain. Tidak dinafikan, kadangkala, mungkin ada sedikit percanggahan daripada segi idea dan pemahaman, namun setiap perbezaan perlu diraikan.

Di sinilah konsep menegur dengan berhikmah memainkan peranannya.

Alhamdulilah, hari ini, selain memiliki blog Halawatul Iman (format blogspot), saya memiliki 1 blog peribadi dan untuk 2 blog lagi, saya diminta menjadi penulis jemputan. Pening juga kepala saya apabila diminta untuk menyumbangkan penulisan oleh orang lain.

Bukan pening kepala kerana rasa terbeban. Tidak! Kerana sememangnya saya suka menulis.

Cuma, apa yang menjadi kerisauan utama saya, saya bimbang jika penulisan saya itu tidak “kena”/ sesuai dengan pembacanya. Apatah lagi, menulis di blog orang, tempat orang..saya perlu berhati-hati berbanding menulis di blog sendiri. Adat bertandang di rumah orang, ada adabnya.

Keduanya, kesibukan yang pelbagai tugas dan tanggungjawab menterhadkan masa untuk menulis. Berada dalam tahun kedua perubatan memang agak berbeza berbanding ketika berada dalam tahun satu. Tiada masa lagi untuk bersuka-suka singgah di city setelah habis kuliah atau keluar “saja-saja” ketika hari minggu.

Itulah adat hidup. Semakin berusia, semakin banyak tanggugjawabnya.

Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada” -Hasan al-Banna


Namun, sebanyak mana tanggugjawab itu..

Kita tidak keseorangan..

Selain punya keluarga tercinta dan sahabat handai..

Ada Tuhan yang sentiasa menjaga dan mengasihi kita..

Setiap masa..

Kata Zain Bikha..”You are Never Alone”  ^_^

( Isnin, 3 November 2008, 5 Zulqaedah 1429) – satu lagi tarikh yang bakal meninggalkan sejarah)


Perhimpunan Musim Sejuk 2009

Photobucket

 

November 2008
M T W T F S S
    Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Mujahid & Mujahidah Cilik

Stats Counter

click tracking
web site traffic analysis

RSS ISAC STUDIO UP DATES!

  • Keep us going
    Salaam and greetings to all of our readers, First of all, we are sorry are unable to provide you with any latest info on Islamic Arts as we should. We have been through a tough time and our other commitment which is much more important has left this website unattended. However, we are still glad that readers [...]
  • Langit Palestina
    Ketika malam, anak kecil itu merenung langit hitam , memandang sedalam dalam dia mencari kejora dalam kelam, dia mengintai purnama dalam suram, puas dia menanti, namun bahtera harapannya kian karam, cahaya kejora dan purnama itu semakin tenggelam. dia menanti lagi, hadirnya siang ditemani mentari, mengharapkan sang suria menghadiahkannya senyuman pagi, puas […]