Alhamdulilah akhirnya, tercapai juga niat saya untuk mula mencoretkan sesuatu dalam “rumah baru” saya ini. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk berhijrah ke format blog yang baru.
Ahlan Wasahlan teman-teman sekalian.
Maaf dipohon kerana teratak saya ini masih belum begitu lengkap, walaupun sudah mendaftar wordpress 3 hari lalu. Tiada design template yang menarik atau link rakan-rakan seperjuagan sekalian. Adat orang baru berpindah, tambahan lagi rumah bujang pula tu..memang belum ada kelengkapan yang hebat-hebat. ^_^
……………………………………………………………………………………………………
WordPress ? Apa tu?
“Kak..nak emel address akak, nak no telefon, semualah nak!,” saya menghulurkan kertas dan pen kepada fasilitator kumpulan saya Kem Pre Departure IMAM di Hulu Langat ketika hampir 2 tahun yang lalu.
Setelah permintaan saya ditunaikan, saya meneliti satu-satu maklumat yang tertulis itu.
Nama, alamat, no telefon, emel, universiti di UK..cukup..semuanya ada. Saya tersenyum riang. Lepas ni, bolehlah saya layan chatting dengan kakak fasilitator saya ini, boleh tanya semua sekali tentang UK.
Tiba-tiba, mata sata terlihat kelibat satu lagi maklumat yang saya tidak begitu pasti apakah gerangannya.
“http://muharikah.wordpress.com/
Saya mengerutkan dahi.
“Eh , kak Aisyah..apa ni..Muharikah? WordPress? Muharikah tu siapa? WordPress tu apa pula? Apakah?” soal saya terpinga-pinga.
Ketika itu, puas Kak Aisyah menjelaskan apakah itu yang dinamakan blog, tetapi secara jujurnya saya tidak berapa faham sangat butiran penerangannya. Hanya mengangguk-angguk tanda faham.(Tetapi sebenarnya tak faham sangat pun. huhu)
Pernah saya cuba melawati apa yang dinamakan “muharikah.wordpress.com”, tetapi benarlah kata orang, bila kita tak kenal dan tak fahami tentang sesuatu, sukar untuk kita menghargai, apatah lagi untuk mencintainya.
Memang, sebelum saya berhijrah ke UK, saya tidak ambil pusing langsung tentang blog, baik untuk membacanya, jauh sekali untuk menulis.
Nama-nama seperti blogspot, wordpress, multiply memang kedengaran asing di telinga saya.
Naif betul saya ketika itu.
Namun, alhamdulilah, hari ini setelah berpeluang menulis sendiri, saya sudah mula menghargai penulisan dan pendapat orang lain. Tidak dinafikan, kadangkala, mungkin ada sedikit percanggahan daripada segi idea dan pemahaman, namun setiap perbezaan perlu diraikan.
Di sinilah konsep menegur dengan berhikmah memainkan peranannya.
Alhamdulilah, hari ini, selain memiliki blog Halawatul Iman (format blogspot), saya memiliki 1 blog peribadi dan untuk 2 blog lagi, saya diminta menjadi penulis jemputan. Pening juga kepala saya apabila diminta untuk menyumbangkan penulisan oleh orang lain.
Bukan pening kepala kerana rasa terbeban. Tidak! Kerana sememangnya saya suka menulis.
Cuma, apa yang menjadi kerisauan utama saya, saya bimbang jika penulisan saya itu tidak “kena”/ sesuai dengan pembacanya. Apatah lagi, menulis di blog orang, tempat orang..saya perlu berhati-hati berbanding menulis di blog sendiri. Adat bertandang di rumah orang, ada adabnya.
Keduanya, kesibukan yang pelbagai tugas dan tanggungjawab menterhadkan masa untuk menulis. Berada dalam tahun kedua perubatan memang agak berbeza berbanding ketika berada dalam tahun satu. Tiada masa lagi untuk bersuka-suka singgah di city setelah habis kuliah atau keluar “saja-saja” ketika hari minggu.
Itulah adat hidup. Semakin berusia, semakin banyak tanggugjawabnya.
“Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada” -Hasan al-Banna
Namun, sebanyak mana tanggugjawab itu..
Kita tidak keseorangan..
Selain punya keluarga tercinta dan sahabat handai..
Ada Tuhan yang sentiasa menjaga dan mengasihi kita..
Setiap masa..
Kata Zain Bikha..”You are Never Alone” ^_^
( Isnin, 3 November 2008, 5 Zulqaedah 1429) – satu lagi tarikh yang bakal meninggalkan sejarah)





6 comments
Comments feed for this article
November 4, 2008 at 7:32 pm
syafeeqridzam
selamat datang ke ‘rumah’ wordpress. moga setiap papan kunci yang diketuk beroleh kebajikan.
November 4, 2008 at 9:11 pm
langsirkalerbiru
WordPress? Tak boleh nak handle-lah.
Tetap setia dengan blogspot.
Anyway,aku link blog ni.
Terus berjuang beb.
November 6, 2008 at 8:23 pm
halawatuliman
syafeeq–>selamat datang juga ke teratak hamba..sama2 lah kita mengasah “mata papan kekunci” demi meraih keredhaan -Nya- insyaalah.
mai (cardif)–> huhu..sudah lama simpan niat nak pindah , mai. cuma tak sempat..lagi susah nak handle , lagi mencabar..lagi menguji iman..(tapi memang leceh sikit sebenarnya pun guna wordpress..huhu). Jazakillah ukhti..teruskan kesetiaan anda bersama blogspot..tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mula2 menulis…huhu..
anyway, suka sgt dapat jumpa mai hari tu..walaupun tak sempat bersembang panjang (akibat wai maisarah telah membolot kita seorang (cewah), tapi tak taulah, rasa happy sgt..-psst..kadang2 jeling2 tgk wajah mai yang nampak tenang/cool tu huhu
sama2 kita mengharumkan taman dakwah!
love,
wani ^_^
(mai, nanti mesti dtg sheffield tau!)
November 7, 2008 at 3:02 pm
iman
salam wani. wah, apekah yg mencetus wani utk berhijarah ke wordpress? huhu. kite ade terfikir gak dulu2. tp kite x reti sgt gune wordpress. jd mcm mai, kite jd pengguna blogspot shj. huhu.. tp mcm terpk gak nak tuka ke hadithuna.. cube wani tgk ^-^
luv, iman
January 11, 2009 at 3:03 pm
muharikah
salam wani,
baru terbaca entry ni.. wani, masyaallah awak boleh ingat conversation kite 2 tahun lepas… pandai eh buat2 tahu..hehehe…
ingat lagi riang ria awak bersama kawan2 awak dalam kereta saya..
salam ukhuwah sis!
January 13, 2009 at 6:28 pm
halawatuliman
salam kak aisyah.
ingat2, sangat ingat akak ..masa mula2 jumpa akak, mcm takut2 jugak. akak ni macam mysterious lah masa tu..ada kamera besar, kereta besar, lap top apple..dasyatlah..huhu..
lepas tu kidnap kitorang pergi tengok air terjun..selamba betul tinggalkan kem..isk isk..adventerous betul akak faci sorang ni..
p/s: patutlah DF mantap..murabbi hebat kat uk rupanya..haha..masyaalah sister~