NASHEED EXTRAVAGANZA @ SHEFFIELD 2009
“FROM MALAYSIA WITH PEACE”
15 MAC 2009
UNIVERSITY OF SHEFFIELD , UK
Alhamdulilah, setelah hampir beberapa bulan cuba mendapatkan artis jemputan untuk NASYEED EXTRAVAGANZA @ Sheffield 2009, akhirnya selesai juga fasa pertama tugas saya sebagai Head of Unit Performance NEXT09. Syukur tidak terhingga saya kepada Penerima Segala Kepujian. Insyaalah, kali ini kami menampilkan artis muda nasyid-rap dari Malaysia-Akbar .
Insyaalah, pada 15 March 2009 , sekali lagi, Sheffield Malaysian Students Association (SMSA) akan menganjurkan festival nasyid yang bakal mengumpulkan bakat-bakat nasyid yang hebat di seluruh United Kingdom dan Ireland.
Pada kali ini, kami cuba menampilkan tema yang pastinya membawa kita menggamit seketika kenangan di tanah air tercinta -
From Malaysia, with Peace
Alhamdulilah, semalam bertarikh 8 November 2009, team NEXT 09 dan Sheffield Games mengembara ke bumi Nottingham untuk melancarkan Misi Jelajah Promosi Weekend@Sheffield 2009. Nottingham Games 2008 merupakan titik tolak kami untuk mempromosikan Weekend@Sheffield dan insyaalah, akan ada jelajah promosi di program-program musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Alhamdulilah, di UK dan Ireland amnya, program-program yang bermanfaat untuk dipenuhi pada masa cuti ini berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Satu perkembangan yang positif untuk mengajak masyarakat ke arah mempersiapkan diri dengan keteguhan rohani dan spritual serta mengasah kemantapan intelektual.
Nantikan kemunculan Jelajah Promosi Weekend@Sheffield 2009 !
p/s: kepada sesiapa yang mempunyai bakat menyanyi nasyid/bermain instrument nasyid, dah boleh mula cari kawan untuk membentuk team nasyid anda!!
……………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sekitar Jelajah Promosi Weekend @ Sheffield 2009 di Nottingham Games 2008

Booth Weekend@Sheffield 2009- kelihatan Presiden SMSA sedang mengawal trafik lalu lintas di booth kami.
Jumpa anda di Weekend @ Sheffield 2009!








3 comments
Comments feed for this article
November 18, 2008 at 1:34 pm
Nasheed Extravaganza @ Sheffield | Akbar Azmi
[...] For more details, visit http://halawatuliman.wordpress.com/2008/11/09/nasyeed-extravaganza-sheffield-is-coming-back/ [...]
November 23, 2008 at 10:26 pm
Syah
assamu’alaikum NEXT 09.
Saya ingin bertanya, adakah NEXT09 tahun ini menerima penyertaan solo dari mana2 individu yang ingin mengambil bahagian?
November 24, 2008 at 4:18 pm
halawatuliman
waalaikumsalam..
-biar saya menjawab bagi pihak NEXT 09-
Menurut Pengarah NEXT 09, sejak tahun lepas lagi NEXT telah membuka penyertaan solo kepada peserta. Tiada salahnya untuk tampil sebagai solo dalam acara ini, namun, adalah digalakkan untuk menyertainya secara berkumpulan. Lebih meriah dan peserta berkumpulan boleh berkongsi wang penyertaan bersama-sama. ^_^
ingin bertanya lebih lanjut, boleh hubungi AJK Pendaftaran , grave_yard49@yahoo.com