Amboi..Demand nampak…


Semalam, lokasi sitting kami terpaksa diubah ke rumah saya pada saat akhir lantaran salah seorang anak usrah saya yang sepatutnya menjadi host kali ini jatuh sakit dan tidak dapat hadir. Kasihan.

“Host terjun nampaknya saya kali ini,” bisik saya dalam hati.

Telefon segera dicapai dan nama anak salah seorang anak saya dicari.

“Nana”…Select…Send a message.

“Nana, kita tukar tempat sitting, Kak Zatil demam., habis sitting, kita semua pergi ziarah dia lah ya? .Kali ni buat kat rumah Wani..Hmm..nak masak apa ek..huhu?”

Sent.

Selang beberapa minit..

1 new message.

“Oh ye ke? Kesiannya..Ok, nanti kita semua ziarah dia..Alaa.., Wani je lah masak, mi bandung kan ada. Hehe..,” usik Nana, anak usrah saya.

Anak usrah saya yang seorang ini memang penggemar mi bandung. Walaupun saya kerap memasak mi bandung, namun, saya sebenarnya bukanlah seorang “kaki mi bandung”. Cuma entah mengapa ramai antara orang yang mempunyai hubungan rapat dengan saya amat gemarkan mi bandung.   Memang tak cukup satu mangkuk.Terkena “kick mi bandung Muar” agaknya.  Satu lagi tabiat saya, apabila saya memasak, saya suka memerhatikan gelagat mereka makan. (Tapi jeling-jeling sahaja lah…huhu)

“Amboi, demand nampak,” saya membalas gurauannya. Ibu jari saya pantas memicit-micit papan kekunci telefon bimbit. ” OK, datang nanti ye! Take care! Salam. “

Hmm…mi bandung..mi bandung…

Tiba-tiba seraut wajah kasih ibu datang hinggap di kotak ingatan. Ibu saya suka memasak mi bandung untuk anak-anaknya.Hmm..

Saya yakin, bagi kaum ibu, air tangan mereka menjadi sedap bukan kerana ramuan atau resepi masakan mereka yang hebat-hebat. Tidak perlu.

Hanya cukup secebis kasih sayang yang terbit daripada hati mereka.

Rindu bertandang lagi. Saya tersenyum sendiri.

……………………………………………………………………………………………………………………..

Baru Second year..belum kerja lagi..

Sejak memasuki tahun kedua perubatan, saya dapati saya amat jarang mempunyai masa lapang untuk memasak “suka-suka” apatah lagi untuk “baking”. Jika dahulu, waktu hujung minggu adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu kerana pada waktu inilah saya akan cuba “bereksperimen” mencuba resepi yang baru. Kini, amat sukar sekali untuk mendapat peluang itu. (Ini baru second year medic, belum lagi jadi doktor..huhu)

Mujurlah di rumah,kami mempunyai giliran memasak dan saya pula menjadi “ibu usrah”,jadi inilah sahaja masanya untuk saya memaksimumkan “skill” memasak.

Petang semalam, seusai kelas, saya segera masuk ke dapur untuk menyambut “anak-anak” usrah yang akan bertandang. Pada kebiasaannya, saya akan ubah sedikit beberapa bahan  dalam ramuan mi bandung kerana sesetengahnya agak mahal harganya di sini.

Oh ya, udang kering memang mahu tidak mahu perlu diimport dari Malaysia ya.

Kenapa diberi nama mi bandung kalau asalnya dari Muar? Apa kaitan bandung dengan Muar? Hmm..

meebandung-21

Bahan-bahan

  • 500g udang kering segar
  • cili kering
  • gula pasir
  • bawang merah 20 biji
  • bawang putih 5 biji
  • mee spageti  1 peket (di sini, mi kuning agak mahal)
  • salami
  • telur ayamikut bilangan orang yang hendak makan
  • Lobak merah
  • daging lembu kisar
  • garam
  • air untuk kuah
  • 5 biji tomato
  • minyak untuk menumis
  • prawn stick
  • Taugeh (celur)

Cara-cara

  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Rebus spgetti dan toskan
  3. Potong lobak merah dan tomato
  4. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  5. Masukkan daging kisar dan goreng hingga garing.
  6. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  7. Kemudian masukkan gula dan garam. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.
  8. Kacau kuah supaya tidak berkerak  dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  9. masukkan salami dan prawn stick.
  10. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak .
  11. Tomato,taugeh celur dan telur boleh hidangkan semasa hendak makan.

Seperti biasa, jangan lupa sertakan sedikit kasih sayang bersama-sama setiap masakan!! ^_^

Cuba! Jangan tak cuba!