You are currently browsing the daily archive for November 18th, 2008.

Satu petang, pada cuti musim panas 2008.

Ruang makan rumah Wan Maisarah.

“Huhh..tak sabar nak makan sambal ikan bilis mak Wani ni,”  ujar teman baik saya, Wan Maisarah sebaik sahaja saya membuka bekas makanan yang berisi sambal ikan bilis dan mi siput hasil air tangan ibu saya. Bagi yang tidak pernah mendengar tentang mi siput, ia sejenis keropok berlingkar( seperti ubat nyamuk ^_^). Ia amat popular sebagai hidangan minum petang di Muar.

Patutlah lebar sahaja senyumannya ketika menyambut saya dan Kirin (Dublin) di Stesen Bas Shah Alam tadi. Ternanti-nanti sambal ikan bilis ibu saya lah tu.

Sejak saya berkenalan rapat dengan Wan Maisarah (Mai), Kirin dan roommate nya di KMB dulu, setiap kali pulang daripada bercuti panjang, saya pasti akan membawa ole-ole sambal ikan bilis masakan ibu saya, khas untuk mereka ini.

Menjelang beberapa hari sebelum berangkat pulang ke KMB, dialog seperti ini selalu sahaja kedengaran,

“Mak, nantikan, sebelum balik KMB, mak boleh tak bekalkan sambal ikan bilis mak. Kawan-kawan kakak tu mesti tanya, Wani…bawa sambal ikan bilis tak?..hehe,” tanya saya kepada ibu saya walaupun sebenarnya saya tahu ibu saya pasti akan membekalkan masakannya itu jikapun saya tidak meminta.

“Boleh..nak berapa tupperware?” jawab ibu saya bersahaja. Tidak berkira langsung bab makanan ini.

Inilah antara kelebihan ibu yang belum saya warisi, iaitu masakan sambal ikan bilis yang menjadi pujaan hati kawan-kawan saya. Sambalnya yang pekat, manis dan tidak begitu pedas serta mampu tahan lama dan tidak mudah rosak memang benar-benar ada “UMMPHH”. Terkini, anak usrah saya seorang lagi, Miah pula “tergila-gilakan” sambal itu apabila pernah satu hari saya menghidangkan sambal yang dibekalkan oleh ibu itu pada hari pertama saya sampai kembali ke bumi UK.

mi siput dan sambal ikan bilis ibu saya

mi siput dan sambal ikan bilis ibu saya

Petang itu, saya bersama-sama Kirin tiba di rumah Mai di  Shah Alam setelah hampir 2 jam menaiki bas. Sengaja kami bermalam di rumahnya sebelum sama-sama pergi melawat guru-guru tercinta di Kolej Mara Banting pada keesokan harinya.  Jujurnya, saya berasa amat seronok apabila dapat berkumpul bersama teman-teman saya ini. Petang itu, sebelum kami keluar semula ronda-ronda di sekitar bandar Shah Alam, terdapat satu insiden yang saya tidak boleh lupakan hingga ke saat ini.

Tentang sambal ikan bilis. =)

Ketika itu, kami semua tidak sabar untuk menikmati juadah petang itu ,lebih-lebih lagi ada sambal ikan bilis ibu saya yang terhidang. Tiba-tiba saya teringat pesanan ibu saya. Segera saya menyampaikan pesanan itu.

“Mai, sambal tu, mak kita sengaja buat pekat sikit. Mak kita letak sikit je ikan bilis. Kalau nak sedap lagi,mak kita suruh goreng ikan bilis lagi, lepas tu gaulkan dengan sambal tu,” suara saya memecah keheningan ruang dapur rumah teres dua tingkat itu.

“Oh ye ke? Hmm..ala..tak payah goreng pakai kuali la, kita guna microwave je,” tukasnya selamba.

Cepat sahaja tangannya mencapai ikan bilis yang masih mentah, lalu dituangkan ke dalam mangkuk. Sejurus mangkuk tersebut diletakkan di dalam perut microwave, beberapa punat ditekan lalu dibiarkan selama beberapa minit.

Seumur hidup saya, memang tak pernah saya lihat orang menggoreng ikan bilis menggunakan microwave. Inilah satu-satunya kawan saya yang memaksimumkan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian.

Setelah ikan bilis siap “digoreng oleh encik microwave”, ikan bilis itu digaulkan bersama sambal hingga sebati. Kemudian, dengan sepantas kilat, masing-masing menceduk sambal ke pinggan masing-masing.

Sebaik sahaja sambal ikan bilis itu mencecah kerongkong,entah mengapa, tiba-tiba hati saya dibuai rasa tidak sedap. Hmm..

“Lain macam je ni..,” bisik hati saya. Segera saya memandang tepat ke muka Mai yang sedang khusyuk menikmati hidangan kegemarannya.

“Mai..,” saya menyapa.

“Ya..” jawabnya tanpa memandang muka saya. Tekun betul dia dengan makanannya.

“Tadikan…awak cuci tak ikan bilis ni sebelum awak masukkan dalam microwave?” soalan cepu emas itu keluar daripada mulut saya.

Senyap.

Kami memandang antara satu sama lain.

Tiba-tiba gelak tawa terhambur keluar di ruang makan dapur itu.

“Ya Allah!!..Macam mana kita boleh terlupa ni? Selalunya kita ingat je..kali ni je terlupa,” ujarnya dengan gelak tawa yang masih bersisa.

“Bertuah betul budak ni, ikan bilis pun boleh terlupa nak cuci” sampuk Kirin.

“Tak apalah..Kita abaikan je dulu. Jom kita makan,” ajak Mai sambil meneruskan kunyahan.

Saya menggelengkan kepala.

Apa-apa sahajalah budak ni..

Fail goreng ikan bilis!

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sesekali Teringat…

seimbas kenangan-logo tarbiyatul muslimah

seimbas kenangan-logo tarbiyatul muslimah

Sesekali mengenangkan peristiwa lucu bersama teman-teman memang boleh membuatkan kita tersenyum sendirian, lebih-lebih lagi jika teman itu merupakan teman baik sendiri.

Saya mula mengenali Wan Maisarah apabila kami ditemukan dalam komiti Majlis Tetinggi Tarbiyatul Muslimah. Pada awal perkenalan, saya tidaklah begitu rapat dengannya. Melihatkan perwatakannya yang “nampak seperti pendiam” menyebabkan saya tidak terpikir langsung bahawa suatu hari nanti saya akan bersahabat rapat dengan gadis ini.

Namun, saban hari apabila kami sering bertemu dalam meeting mingguan, bersama-sama menggerakkan program seperti Minggu Penghayatan Islam, Kem Eksplorasi Ramadhan dan lain-lain, hubungan yang pada awalnya agak janggal menjadi semakin intim. Ditambah pula, sejak dia berpindah asrama ke blok E, hampir setiap hari kami bertemu di barisan saf solat jemaah dan halaqah tazkirah selepas solat.

Pernah suatu hari, ketika kami dalam mood peperiksaan akhir International Baccaluareate, (IB), fikiran saya saya agak terganggu. Dengan 1001 perasaan yang berkecamuk dalam dada, saya menyusun langkah menuju ke biliknya. Di hadapannya, tanpa sempat saya membuka mulut untuk meluahkan apa yang terbuku di dada, esakan demi esakan terhambur.

Tanpa sebarang kata-kata memujuk keluar daripada mulutnya,dia hanya memandang saya.

Lama.

Perlahan-lahan dia menghulurkan kertas tisu.

Sejurus air mata disapu, esakan juga turut terhenti.

Anehnya, dengan teman saya ini, saya tidak perlukan kata-kata pujukan untuk menghentikan tangisan. Cukup dapat berjumpa dengannya. Saya berasa sedikit lega.

Lega.

^_^

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Berdiri di Jalan Ini.

Semoga kita tetap pada jalan ini

Semoga kita tetap pada jalan ini

Hari ini, syukur kepada Allah, kami sedang menuntut di atas bumi yang sama, United Kingdom.

Walaupun terpisah dengan beberapa jarak, mujurlah kami diberi peluang oleh Allah untuk bernaung di bawah perjuangan dakwah yang sama.

Tidak mudah untuk melalui jalan yang berliku ini.

Perlahan-lahan, kami berpegangan tangan..

Bertatih bersama-sama..

Kenangan Kem Eksplorasi Minda -Sarawak 08

Kenangan Kem Eksplorasi Minda -Sarawak 08

Ilmu dikejar melalui daurah, jaulah, program dan tarbiyah,

Walaupun semua itu menuntut kepada 1001 pengorbanan masa, wang dan tenaga,

Namun di penghujungnya, nikmat mengecapi himpunan ilmu dan kemanisan ukhuwwah terlalu indah tidak terkata.

…………………………………………………………………………………………………………………………….

Lagi beberapa minit, tepat jam 12 tengah malam, bertarikh 19 November 2008, usia ukhti saya ini akan menjangkau 21 tahun.

Cepat sunggguh masa berlalu.

Saya teringat, setahun yang lepas, juga bertarikh sama cuma berlainan tahun, saya ada mencoretkan dedikasi khas untuknya bersempena hari lahirnya ke-20. Tidak sangka kali ini, Allah masih membekalkan saya nikmat usia untuk sama-sama meraikan hari lahir teman baik saya ini.

Cuma, pada kali ini, tiada video hari lahir khas dapat saya titipkan untuknya.Kekangan masa benar-benar menghimpit. Cuma imbauan kenangan lama mampu saya tuliskan di ruangan kamar arena penulisan peribadi saya ini.

Kepada ukhti Wan Maisarah,

Selamat hari lahir ke -21! Lambat betul ya birthday awak..Kita ni, lagi 4 bulan dah nak masuk 22 tahun dah =)

Semoga setiap perkara yang dilakukan mendapat redha Allah. Doa kita, semoga kita berdua serta sahabat lain tetap pada jalan Allah dan Rasul-Nya.

Kalau tahun lepas, kita kirimkan lagu selamat hari lahir oleh Saujana melalui video birthday untuk awak, kali ni, kita kirimkan “seorang superstar” popular untuk nyanyikan lagu untuk awak. Mahal tau cost nak upah dia untuk nyanyikan lagu untuk awak..

Tak sabar nak jumpa awak lagi!

Terimalah:

I love you…

You love me

We are a happy family

With a great big hug and a kiss from me to you

Won’t you say you love me too?

I love you..

You love me

We re best friend like friends should be

With a great big hug and a kiss from me to you

Wont you say you love me too?

p/s: walaupun mahal juga nak upah Barney and Friends nak nyanyi untuk awak, tapi mahal lagi kasih ukhuwwah kita pada awak ^_^

Curahan hati,

iman muslihah

11.37pm, 18 November 2008

Perhimpunan Musim Sejuk 2009

Photobucket

 

November 2008
M T W T F S S
    Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Mujahid & Mujahidah Cilik

Stats Counter

click tracking
web site traffic analysis

RSS ISAC STUDIO UP DATES!

  • Keep us going
    Salaam and greetings to all of our readers, First of all, we are sorry are unable to provide you with any latest info on Islamic Arts as we should. We have been through a tough time and our other commitment which is much more important has left this website unattended. However, we are still glad that readers [...]
  • Langit Palestina
    Ketika malam, anak kecil itu merenung langit hitam , memandang sedalam dalam dia mencari kejora dalam kelam, dia mengintai purnama dalam suram, puas dia menanti, namun bahtera harapannya kian karam, cahaya kejora dan purnama itu semakin tenggelam. dia menanti lagi, hadirnya siang ditemani mentari, mengharapkan sang suria menghadiahkannya senyuman pagi, puas […]