Hanya itu yang Kumahukan! Free palestin
Dari Manchester ke Trafalgar Square
Sekitar Demonstrasi Anti Israel- 3 Januari 2009
Demonstrasi untuk Gaza di Nottingham
(Sekadar beberapa link yang sempat di ambil)
Memang berdarah muda! Tapi muda bukan sebarang muda, muda itu ada taringnya.
Itulah yang dapat saya gambarkan tentang semangat sahabat-sahabat saya melalui perhimpunan demonstrasi Free Palestine di sekitar United Kingdom.
Alhamdulilah, betapa berbondong-bondong rakan-rakan terutama di UK yang saya kenali sama ada semasa di KMB dahulu, atau baru berkenalan di UK, (atau rakan-rakan yang tak dipernah dikenali), rata-rata panas punggung dek serangan zionis ke atas Gaza sejak beberapa hari yang lalu. Saban hari ada sahaja demonstrasi yang disertai, email-email rayuan kemanusiaan di panjangkan, dan berita terkini tentang bumi anbiya’ itu disebarkan. Masyaalah. Tidak terkata saya dibuatnya melihat kesanggupan rakan-rakan yang bakal menghadapi peperiksaan pertengahan januari ini mengorbankan sedikit masa untuk Palestine yang kini sedang bermandian darah.
Moga Allah curahi kalian dengan mandian rahmat dan pertolongan-Nya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
LEMBUT KE GARANG NI?
Sabtu, 3 Januari 2009.
Information Common
Ada beberapa jam lagi sebelum demonstrasi.
“Kita nak buat poster macam mana ni Wani?” tanya Amira, rakan yang setia menemani saya ke Information Common untuk mengulangkaji pelajaran.
“Nak buat macam Stop killing ke..Free Palestine ke..Macam orang lain tu?” tanyanya lagi.
“Hmm..kita buat cara kita jom,” saya terdiam. Kemudian menyambung semula, ” Kita selitkan unsur “kelembutan”.
Seraya, kelihatan garis-garis kerutan tercantum di dahi rakan saya itu.
“Apa kejadah Wani ni, orang semangat-semangat nak kutuk Israel ni, dia nak lembut-lembut!’” -agaknya inilah yang berlegar-legar di hati Amira apabila mendengar jawapan saya ini.
Melihat kerutan yang masih tidak hilang di wajahnya, cepat-cepat saya menyambung penjelasan, ” Kita tunjukkan kat poster kita ni betapa ramai mangsa yang tertindas di Palestin perlukan pembelaan. Anak-anak Palestin , ibu-ibu Palestin perlukan perhatian dan pembelaan! Kasihanilah anak-anak kita, ibu-ibu kita..”luah saya.
(wani ni tak habis-habis dengan idea “anak-anak kita/ibu-ibu kita” kan?)

tema "kelembutan" kurang menjadi. Akibat terlalu bersemangat, mood poster tiba-tiba bertukar menjadi garang dan sedikit beremosi.( tiba-tiba mendapat mood ibu yang garang kot

Habis bersepah meja library.
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Biar Sang Nurul Izzah, Si kamera bercerita.
3 Januari 2008, kira-kira hampir pukul 1 petang.
Town Hall, Sheffield
Saya terjengkit-jengkit di celahan kelompok yang datang. Ramai betul orang. Tinggi-tinggi pula orang di sekeliling saya. Sesekali mata melilau mencari rakan-rakan perempuan Malaysian yang lain. Tak nampak pula. Masakan tidak, limpahan manusia yang hadir hari itu tidak mengenal usia dan bangsa agak membataskan penglihatan saya untuk mengenalpasti wajah-wajah rakan yang dikenali.
“Amira, jom pi depan sikit,” saya menarik lengannya ke hadapan.
Dengan tubuh yang agak kecil (huh, kecil ke?) berbanding orang-orang asing di sekeliling saya, akhirnya saya berjaya menyusup masuk ke barisan depan. Saya ke hadapan bersama-sama Sang Nurul Izzah, Si kamera yang setia di genggaman tangan.
Biarlah Sang Nurul Izzah, Si kamera bercerita:

kasut melayang

salah siapa? mereka dan keluarga mereka? Hmm..

Semangat orang Malaysia. Hmm..Malaysia ke, Pakistan ke, Somali ke...yang penting kita kan muslim , kan?

Serasa saya, wanita berambut emas ini adalah wanita yang paling bersemangat melaungkan " PALESTINE, WE'RE WITH U!"

mak ayah ,abang kakak, adik, mak cik, pakcik, semua pun ada- peduli apa? Peduli Palestin..

Di celahan limpahan manusia, dengan ketinggian (atau kerendahan?) yang saya ada, saya rakamkan " semangat merah-hitam-putih-hijau" yang gah berkibar.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Mengimbas detik setahun yang lalu, Disember 2007.
“Ni nak jual baju untuk orang Palestin ni, orang putih kat sana tak apa-apakan Wani ke nanti?”. Suatu hari ibu saya pernah bertanya tatkala saya menyatakan hasrat untuk melancarkan jualan amal untuk Palestin tahun lalu.
“Nak apa-apa kan apa pula mak?” pelik betul soalan ibu saya ni.
” Ye lah, kita ni macam sibuk-sibuk je pasal Palestin, diorang tak marah ke. Nanti mat salleh tu apa-apakan Wani ke nanti, susah lah. Baik belajar je senyap-senyap,” risau sahaja bunyinya.
“Eh, taklah mak. Orang kat sini, mat salleh tu pun sama-sama concern pasal Palestin. Siap ada persatuan perjuangkan Palestin lagi. Mat Salleh pun join. Mak jangan risau lah, orang-orang kat sini faham je,” saya cuba melurutkan kerisauan ibu. Terpaksalah menggunakan skill memujuk, kalau tidak, jangan haraplah saya mendapat green light untuk menjual baju untuk tabung Palestin.
Jujurnya, saya tidak pula memberitahu ibu dan ayah tentang pemergian saya ke Demonstrasi Bebaskan Palestin di Town Hall ini. Kalau saya bagitahu, habislah saya kena ceramah, adeh. (Serasa saya, ada juga rakan-rakan saya tidak memberitahu ibu bapa mereka juga, betul tak? kalau anda bagitahu,baguslah
)
Bercerita tentang ibu ayah ni, tiba-tiba saya teringat ketika di KMB, sebelum kaki melangkah ke luar negara, ayah pernah berpesan,” Belajar je, tak payah nak ikut orang-orang dakwah,”
Nampaknya, anak gadisnya ini bukan setakat ikut orang-orang dakwah, dah jatuh cinta pun dengan dakwah. Aduhai..siapa nak jawab?..”
Entahlah..
..PALESTINE..PALESTINE..
p/s: semoga rakan-rakan lama saya di Malaysia atau di mana sahaja bersama-sama “join semangkuk” dalam semangat Peduli Palestin.
Nukilan,
iman muslihah
8 muharram 1430 H
Sheffield





No comments yet
Comments feed for this article