Bismillahirrahmanirahim..

Bilakah saatnya akan kujejakkan kaki ke sana?

Bilakah saatnya akan kujejakkan kaki ke sana?

Penambahan:

Bagi mereka yg berminat utk mengambil pakej

London – Jeddah – London

Harga pakej hanya GBP 780 dengan deposit sebanyak GBP600 sebelum 26 Januari 2008

………………………………………………………………………….


Cemburu benar melihat beberapa orang teman sudahpun berebut-rebut mendaftarkan diri untuk menyertai rombongan umrah anjuran MSM Travel and Tour.

Menjejakkan kaki ke tanah suci..adalah satu pertemuan yang amat-amat saya dambakan..

Apakan daya..sudah bergelar pelajar perubatan di sini. Saban tahun, jangka hayat cuti akan bertambah pendek.

Tahun ini, kemungkinan besar tatkala rakan-rakan mula berbondong-bondong pulang ke Malaysia pada hujung bulan Mei, saya hanya mampu menghantar kalian dengan pandangan sayu sahaja (huhu). Terfikir juga, jika akan ada lagi kesinabungan Kem Explorasi Minda pada tahun ini, mungkin saya hanya mampu doakan keberjayaan team Kem Explorasi Minda dari jauh sahaja. Dengan kelolaan big boss yang sungguh berdedikasi dan team fasilatator yang hebat, insyaalah pasti Allah akan permudahkan. :-)

Tatkala mendengar promosi umrah MSM Travel and Tour ini, memanglah hati berbunga riang, tapi mendapat tahu tarikhnya yang sungguh tidak strategik dengan jadual pembelajaran saya, layu semula bunga-bunga di hati. :-(

Tak mengapa..Kalaupun belum tiba lagi masanya untuk saya menjejakkan kaki ke tanah suci, anda mungkin masih punya peluang! Kepada rakan-rakan pembaca di UK dan Ireland khasnya, jika kalian punya masa , wang dan tenaga, ayuh daftarkan diri sekarang juga sebelum 26 Januari 2008!

Untuk keterangan lanjut, silalah hubungi akh Haziq dan uhkt Siti Rusyida (pasangan pengantin baru ini)  :-)

Akh Haziq (Sheffield) :  +447703740669

Ukhti Siti Rusyida ( Sheffield) : +447809838503 atau acik_comel@yahoo.com

Bagi wakil Ireland:

Ukhti Siti Radziah – sitiradz@yahoo.com

melihat dari jauh sahaja,

Iman Muslihah

Sheffield

22 Muharam 1430