KELMARIN… Hujan turun lebat betul. Sesekali Sang guruh berdentam dentum. Kulihat Sang kilat berkejar-kejaran di langit tinggi.

KELMARIN.. Satu demi satu kisahmu kauceritakan padaku.. Kau bercerita lagi.. Dan lagi.. Tanpa henti.. Aku menjadi lebih pilu..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Namun, itu kisah hari KELMARIN. Dengar sini..aku nak bercerita kisah hari SEMALAM pula.

SEMALAM.. Kau datang lagi kepadaku.. Dan lagi..kau bercerita sesuatu…
SEMALAM... Katamu..kau nak jadi orang baru.. Katamu..kau nak tinggalkan masa lalu.. Katamu ..kau nak bina hidup baru.. Katamu lagi.. Kau nak tangkap Si JAHILIYAH itu.. Nak sumbat dalam lokap.. Nak kunci kuat-kuat.. Tak nak bagi lepas.. Biar padan muka dia!!


Sebab untuk berubah bukan mudah! Aku akui..nak berubah, memang susah! Sebab Si Pengkhianat Jahiliyah memang sengaja mahu jadikan engkau sampah! Percayalah!!
Sebab itu aku benci dia! Aku benci JAHILIYAH! Jadi, kau jangan cuba-cuba berkawan dengan dia.. Kau mengerti? Perlahan-lahan,kau anggukkan kepala. Aku betul-betul lega..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Itu kisah SEMALAM.. Mari aku ceritakan pula kisah hari ini..

Tiba-tiba.. Sang guruh sudah mula berlagu.. Kunampak di sebalik awan hitam itu.. Ada bayangan Sang kilat cuba main sembunyi-sembunyi..
Aku cemas.. Tidak semena-mena.. Bayangan wajahmu menerpa di balik retinaku.. Aku cemas.. Adakah Sang Jahiliyah – Si Pengkhianat bolos, lalu melarikan diri? Dan menghurung dirimu kembali? Aku sendiri tak pasti………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Satu Dedikasi buat Diri dan Teman-teman yang dicintai..
Buat yang masih teguh memerangi karat jahiliyah yang masih bersarang di hati, teruskan langkahanmu! Namun, jika ada yang mula hilang arah tuju.. Kufaham, bukan mudah untuk memenggal musuh itu.. Namun, jangan pernah putus asa! Teruskan memacu laju kuda perangmu.. Menuju ke medan jihad itu! Menang atau syahid.. Itu sahaja pilihanmu.
(Jika diikutkan hati, ingin sahaja aku tagih janjimu dahulu. Namun, itu kau punya hati. Hanya Rabbi yang Maha memegang hati. Aku sudah cuba untuk memberi. Namun, pemberianku mungkin tidak cukup baik. Ataukah aku yang belum cukup baik? Sungguhpun begitu, dalam kidung doaku, kumohon agar janji yang kaupatri dahulu akan menjadi sesuatu yang PASTI. Itu doaku.)
Aku yang setia menanti..doaku tidak pernah henti,
Iman Muslihah
Sheffield
26 Muharram 1430





4 comments
Comments feed for this article
January 23, 2009 at 10:47 am
ensyuhadah
MasyaAllah sister!~
Hebat kata-kata enti, SubhanAllah.
Benar, masih perlu memerangi karat-karat jahiliyyah ini.
Allah, beri kekuatan!
January 24, 2009 at 2:13 pm
Blessed to be a MUSLIMAH » Kelmarin, semalam dan hari ini
[...] Buat yang masih teguh memerangi karat jahiliyah yang masih bersarang di hati, teruskan langkahanmu! Namun, jika ada yang mula hilang arah tuju.. Kufaham, bukan mudah untuk memenggal musuh itu.. Namun, jangan pernah putus asa! Teruskan memacu laju kuda perangmu.. Menuju ke medan jihad itu! Menang atau syahid.. Itu sahaja pilihanmu. [...]
January 25, 2009 at 9:10 am
nida'ul-iman
Jazakillahu khayr for this meaningful entri..
“Dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yg mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong2 bg mereka selain Dia…” (17:97)
Allah tidak akan salahkan kita kalau seseorang itu nak berubah atau tak kerana Allah dh sediakan 2 jalan itu (91:8) and its up to that person to choose which is the path he/she wants. Dengan izin Allah, I’m sure you have done your very best to guide and lead that person to the ‘junction’ where that person needs to think and decide his/her path.
We can never coach everyone to the very end but InsyaAllah, our prayers will always be with them. Tapi bagus utk kite selalu muhasab diri kita dalam situasi macam nie just to do some auditing work. Kita discard usaha2 atau cara2 yg tak elok, dan kita improvekan apa2 yg kurang. This is a test for you to evaluate yourself and to prepare yourself to become a better dai’yah in the future, with His will..
Cheer up sis ^_^
Masih byk lagi manusia di luar sana yg dahagakan sentuhan dan siraman Islam. Jangan kita lupakan manusia yg pernah kita sentuh dan lebih-lebih lagi jangan pernah usaha yang tidak berhasil membantutkan dan memperlahankan langkah kita utk pergi lagi jauh..
Allahualam.
Do pray for me as well sis..
Wassalam..
January 25, 2009 at 5:25 pm
halawatuliman
( ensyuhadah)
bukan kata-kata ana yg hebat uhkti..pujian itu semua dipulangkan kepada allah. ya..ana juga masih dalam medan memerangai jahilyyah dalam diri. kuat benar jahiliyyah ni. hanya kepada allah kita mohon kekuatan. jazakillah ukhti. moga kita bersama2 dalam saf utk memenjarakan jahiliyyah.
(nida’ ul iman)
masyalah sis, how could you make me cry?
dear sis, i miss u so much..how lucky am i to have you by my side to comfort me. even you are far away from me physically, i could feel your touch,sis.
dear sis, this is the path that i ve chosen. I know i can never back off. I knew this path would be difficult and I am prepared for it. For all the difficulties ..and the failure as well.
Dear sis,
Do you still remember, what did our beloved rasullulah say to his uncle when he was asked to stop his noble job of spreading the dakwah?
“Andai matahari di tangan kananku, takkan sekali2 ia mengubah keyakinanku. Dan andai bulan di tangan kiriku, takkan kusanggup mengganti imanku”.
Indeed, there is nothing can stop him from doing his dakwah.
So no matter how difficult to bring people to the right path, we should never easily give up.
And honestly, I should check my amal sis..or my Qalbi…or my relationship with my Creator, I am afraid if i did something which had made him upset. Oh, did i?
Dear sis,
Jazakillahukhayr for your reminder. Remember me in your dua.
I really miss u. Hope to see u soon. Do visit us in sheffield.
-iman muslihah-