Kalau Boleh…..

Karipap saya yang pertama di bawah asuhan Sifu Wan Sitah
“Apakah istimewanya karipap yang dibuat oleh Cik Wan Sitah berbanding karipap-karipap biasa di pasaran?” tanya saya kepada salah seorang adik peserta Spring Camp UK 2009 di Kibblestone baru-baru ini. Saya sengaja mengacukan telefon bimbit ke arahnya, lagaknya seperti seorang chef terkenal yang sedang ditemuramah oleh pemberita televisyen.
“Oh, karipap ini mempunya keistimewaan yang tersendiri, iaitu ia dikelim dengan penuh kasih sayang,” jawabnya puas, sambil menyudahkan kelim pada karipapnya.
Wan Nor Sitah adalah adik akhawat tunggal saya di Loughborough. Periang orangnya, boleh dikatakan dalam kategori Popular Sanguine. Namun, kegigihannya memburu sinar tarbiyah amat menyentuh hati saya. Saban minggu, tiada pernah berkira mengorbankan wang ringgit dan tenaga untuk mengutip mutiara tarbiyah daripada liqa’ dan usrah bersama akhawat saya yang tercinta di Leicester. Kata-katanya masih terngiang-ngiang di corong telinga,
“Itulah, kadang-kadang kita selalu abaikan benda yang ada depan mata. Tapi bila kita kehilangan benda tu, masa itulah kita baru nak hargai. Macam saya, masa di KMB dulu, ada usrah daripada kakak-kakak luar, jarang nak hargai. Tapi bila sampai Loughborough, orang Melayu pun tak ramai, apatah lagi nak ada usrah? Sebab tu saya tak kisah pun, travel naik train tiap-tiap minggu pergi Leicester untuk dapatkan usrah. Sebab hati saya nak sangat usrah..saya rasa usrah dan tarbiyah itu satu keperluan..,” bergetar hati saya mendengar pengakuan jujur itu daripada mulutnya.
Bergetar juga hati saya ketika saat sampainya saya di sana, ada seorang adik menangis teresak-esak di bahu saya lantaran konflik tarbiyah yang hampir sahaja merobohpunahkan dinding kekuatan yang cuba dibina.
Sungguh..pembinaan tembok tarbiyah itu tidak mudah. Apatah lagi untuk mempertahankan kekukuhannya, seribu kali berganda lebih susah.
Ketika saya bersama beberapa akhawat duduk berkongsi kisah dan pengalaman tarbiyah, saya kurang pasti entah berapa kali saya berpura-pura menggosok-gosok mata, mengambil kesempatan itu mengesat titisan manik air mata yang entah mengapa datang menyinggah.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Saya Cemburu pada Mereka..
Sesekali, datang rasa cemburu di hati saya melihatkan para mujahidah Islam yang baru menerima percikan tarbiyah.
Sesekali, datang rasa cemburu di hati saya melihat para mujahidah Islam yang begitu semangat berazam membuang dan menghalau jauh-jauh si keparat jahiliyah.
Sesekali, datang rasa cemburu di hati saya melihat para mujahidah Islam yang begitu berkobar-kobar memacakkan panji jihad dalam hati masing-masing setelah menyaksikan satu penyaksian agung Syahadatul Haq.
Ya! Saya cemburu dengan mereka!
Kalau boleh, saya ingin kembali ke waktu saya mula-mula menerima percikan tarbiyah.
Kalau boleh, saya ingin kembali merasai bara api jihad yang meluap-luap sepertimana yang saya rasai tatkala saya mula mendapat “kejutan elektrik dakwah” suatu ketika dahulu.
Ya, sungguh. Sungguh saya rindu perasaan itu. Lantaran kerinduan yang ditanggung itu, saya mengatur langkah membawa adik-adik tercinta bertemu akhawat yang dirindui ke Spring Camp UK, 2009. Sungguhpun kami, akhawat Sheffield tidak berkesempatan menghabiskan pertemuan ilmu dan daurah itu lantaran cuti yang lewat berbanding universiti lain, namun, secara peribadi, pertemuan hati-hati yang berkasih kerana Allah selama dua hari sudah cukup mengobarkan kembali semangat saya . Jujurnya saya amat termotivasi tatkala mendapat peluang menatap wajah akhawat yang dirindui…
Apabila saya melihat uhkti A bangun menunaikan tahajud walaupun tidur lewat kerana program yang habis lewat, semacam ada kuasa ajaib yang menolak saya untuk sama-sama bertahajud.
Apabila saya melihat ukhti B bertilawah dan bertadabbur Al Aquran dengan air mata yang berlinangan di pipi, semacam ada kuasa magis yang membisikkan suara untuk sama-sama menghayati Al Furqan itu.
Apabila saya melihat ukhti C melayan akhawat lain dengan penuh kelembutan dan sopan (walaupun fizikalnya dia amat tegar mengembara jauh untuk misi dakwah), semacam ada kuasa luar biasa yang menyuruh saya mencontohi qudwah hasanah itu.
Aneh sungguh pengalaman saya di Spring Camp UK (SCUK). Dua tahun berturut-turut , saya seolah-olah mendapat “sumpahan” jatuh sakit setiap kali melangkah ke SCUK.
Tahun pertama, saya mendapat chest infection dan mengalami kesejukan yang amat teruk sehingga kedua-dua inhaler saya tidak mampu meredakan kesakitan. Pada tahun kedua, saya menerima kunjungan “encik demam panas” yang tidak segan silu bertandang tatkala saya memerlukan konsentrasi yang sepenuhnya untuk proses pengisian jiwa diri sendiri dan adik-adik mad’u.
Namun, saya percaya setiap kejadian ada keindahan. Saya percaya kesakitan itu tidak datang dengan percuma. Saya percaya ia datang dengan membawa harga yang sungguh berharga.
Kesakitan itu yang memberi kekuatan untuk saya mengagahkan diri demi meneruskan satu misi. Hati mata tidak tersentuh apabila akhawat yang sungguh penyayang menyuapkan ubat ke mulut, diusap-usap lembut kepala yang berpinar, dihadiahi dengan kata-kata semangat, penenang jiwa. Suatu perasaan kelembutan yang tidak mampu saya terjemahkan dengan mata pena.
Mengimbau kenangan awal dalam tarbiyah semasa SCUK tahun lalu , saya masih ingat lagi, tatkala usia masih setahun jagung , hati saya ini seringkali hampir kalah dengan pujukan syaitan yang mengatakan ” A Big No To Tarbiyah”. Dengan desakan kesakitan yang amat memuncak ketika itu, hampir sahaja saya tekad untuk pulang tanpa mahu menghabiskan pengisian program.
Namun entah ketika pembentangan Usul 20 oleh Al Fadhil Ustaz Mazrul, saya merasakan seolah-olah pipi saya ini seperti ditampar dengan tamparan yang maha kuat. Lalu saya seolah-olah tersungkur di hujung dunia.
Termenung seorang diri. Lama…
Tarbiyah bukan untuk orang manja…
Tarbiyah bukan untuk orang manja…
TARBIYAH BUKAN UNTUK ORANG MANJA!!!
Jujurnya, sehingga ke hari ini, saya tidak dapat melupakan titik sejarah kebangkitan dakwah dan tarbiyah saya pada hari itu. Saya tidak mahu tertinggal “kereta api dakwah” yang laju meluncur di atas landasan membawa Islam ke destinasi gemilang. Saya tidak mahu menjadi orang yang hanya melihat! Saya ingin melompat masuk ke dalam gerabak, bersama-sama dengan para mujahideen dan mujahidaat.
Namun..
Saya kira, alangkah lebih indah jika saya juga mampu memimpin tangan generasi adik-adik dan melompat masuk ke “gerabak kereta api dakwah” itu dan sama-sama berganding bahu membawa Ad deen ini ke mercu terbilang.
Bukankah begitu akhawatku yang dikasihi?

Spring Camp UK 09 in Memory : Inilah Kita!
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Fitrah Wanita.
“Kak Wani..besar sangat kelim karipap Kak Wani tu…”
“Kak Wani..banyak sangat inti karipap Kak Wani letak tu…”
“Farah tak kira..Kak Wani kena habiskan juga uli tepung tu..Kak Wani kena belajar cara buat karipap daripada awal..”
“Kak Wani itu…..Kak Wani ini…”
Petang itu, letih saya dibebel oleh adik saya yang seorang ini cara-cara membuat karipap. Mentang-mentang saya tak pernah buat karipap sebelum ini, naik merah telinga saya mendengar bebelannya cara membuat karipap. Pulang sahaja dari SCUK09, semacam ada demam karipap melanda akhawat Sheffield yang menyertai SCUK09. Kak Iman siap membuat iklan di Yahoo Messenger, mengajak akhawat Sheffield lain untuk “menuntut” ilmu membuat karipap daripadanya. Farah pula, hari pertama pulang daripada SCUK sudah “mengheret” saya ke dapur untuk membuat karipap. Sekarang, tengah tunggu giliran cik adik manis Aqilah dan Eica menghantar karipap mereka. (Karipap akak, korang dah rasa eh, korang punya bila lagi? huhu)
Tersenyum sendirian apabila mengenangkan acuan program tarbiyah SCUK 09 kali ini. Ada unsur TARBIYAH KEAKHAWATAN..*Sangat sweet*.
Lantas, saya teringat satu hadis:
Narrated ‘Aisha: (the wife of the Prophet) that whenever one of her relatives died, the women assembled and then dispersed (returned to their houses) except her relatives and close friends. She would order that a pot of Talbina be cooked. Then Tharid (a dish prepared from meat and bread) would be prepared and the Talbina would be poured on it. ‘Aisha would say (to the women),”Eat of it, for I heard Allah’s Apostle saying, ‘The Talbina soothes the heart of the patient and relieves him from some of his sadness.’ “
Tarbiyah keakhawatan memang cantik. Seperti Aisyah R.A, tarbiyah seumpama inilah yang menumbuhkan sikap dakwah Islami yang sejahtera sehingga mampu berperanan secara fitrahnya menjadi ummahatul mukminin yg mendokong dan melahirkan mujahid medan dakwah. Tuntasnya, menjadi seorang wanita, sangat istimewa. Jangan ingat kami tidak diwajibkan keluar berperang, maka kami tidak punya peranan dalam dakwah. Sungguh..setiap penciptaan ada keindahan. Begitu juga halnya dengan kejadian fitrah wanita.

Fitrah putih itu Bersih. Fitrah penciptaan wanita itu Indah. Maka, peliharalah fitrah itu sedaya mampu.
Ketika tangan sibuk menguli tepung dan mengelim karipap bersama adik-adik saya di SCUK09, saya dan uhkti Safia juga turut sibuk berkongsi pengalaman dakwah dan tarbiyah, di UK juga di Malaysia. Ketika ini ingatan saya tertumpu kepada sang naqibah (Ukhti Miswani Galway) yang datang dengan bas “ting tong” yang tidak ber air cond dari Batu Pahat ke Muar untuk mencurahkan titisan tarbiyah jiwa dalam hati yang kering.
Kedudukan rumah saya di selatan tanah air agak membataskan peluang untuk menghadiri program tarbiyah yang rata-rata diadakan di Lembah Klang ketika cuti musim panas. Tambahan pula, tidak mudah untuk saya mendapat keizinan berjaulah terlalu kerap daripada ibu ayah yang kurang memahami keindahan tarbiyah yang menyerap ke hati ini. Jadi, melihatkan kesungguhan ukhti ini datang merentas daerah untuk satu misi usrah , lantas peluang ini saya manfaatkan sepenuhnya. Perkongsian yang saya dapati daripada program tarbiyah, perlahan-lahan saya cuba memanjangkan kepada ahli keluarga.
Syukur kepada Allah, hari demi hari..sedikit demi sedikit..ibu ayah sudah mula nampak dan menerima kecintaan anak mereka pada jalan ini. Alhamdulilah..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Hari ini, entah mengapa saya menulis.
Entah mengapa saya menintakan coretan memori lama di celah kesibukan saya menelaah pelajaran. Tarikh peperiksaan masih berbaki 2 mingu lebih dan kesempatan cuti musim bunga ini banyak saya habiskan bersama buku-buku perubatan berbanding rakan-rakan lain yang berjaulah. Bulan ini, sengaja saya memperlahankan aktiviti luar untuk memberi laluan kepada persiapan menempuhi imtihan duniawi.
Sejak pulang dari pertemuan hati-hati yang berkasih kerana Allah tempoh hari, saya merasakan semacam ada satu hutang perasaan yang perlu saya lunaskan. Hutang perasaan yang memujuk rayu jari jemari untuk menintakan perasaan itu. Perasaan setelah setahun lebih bergelumang dengan tarbiyah dan dakwah di bumi Allah UK ini.
Baru setahun ?!
Ya..Baru setahun.. Usia tarbiyah dan dakwah saya masih mentah, sementah buah-buahan muda di dahan pepohonan.

Moga benih tarbiyah berkembang menunaskan bunga dakwah.
Saya menemui cahaya dakwah dan tarbiyah di bumi asing yang jauh dari tempat tumpah darah saya. Sungguh..harga sebuah tarbiyah dan dakwah tidak murah. Kadangkala, kita terpaksa berkelana jauh ke tanah asing untuk mengenali dan mencintai Ad Deen sendiri.
Ironi sungguh perasaan itu.
Berbelas tahun membesar di bumi yang dikelilingi insan bernama Islam, tanah kafirun juga yang menjadi takdir pertemuan dan percintaan dengan Sang kekasih ISLAM. Mungkin pada awalnya, saya menemukan sedikit kekeliruan yang kadangkala menggugat iman, namun syukur dengan Hidayah dan Taufik-Nya, pilihan pada hari itu memberikan nafas baru kepada saya.
Dan pada hari ini, dengan berbekalkan nafas itu, saya meneruskan sisa-sisa hidup untuk mengejar “KERETA API DAKWAH” supaya saya dapat bersama-sama penumpang dalam gerabak dakwah itu. Sejuta penghargaan dan kecintaan saya hamparkan kepada Sang Ilahi yang menetapkan saya pada jalan ini. Kepada akhawat yang sering memberi kekuatan untuk kita sama-sama memacu “KERETA API DAKWAH dan TARBIYAH”, moga Allah membalas antunna dengan Jannatun Firdaus-Nya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Bingkisan untuk adikku.

Adikku,
Untuk menjunjung gunung dakwah, tidak semudah lidah yang pandai berkata-kata.
Diri perlu ditarbiyah. Nafsu perlu dirantai. Jahiliyah perlu dibuang.
Tidak mudah adikku!
Mari kita sama-sama memenggal si jahat Jahiliyah dengan pedang Tarbiyah!
Ayuh! Kita sama-sama sucikan nurani ini.
Kemudian, kita sama-sama bina satu saff yang kukuh untuk kita bawa perjuangan ini ke satu destinasi .
Memang perjuangan ini tiada upahnya di dunia.
Tiada siapa yang membayar pengobanannya di sini.
Namun..
Demi Tuhan yang menciptakan..
Percayalah seribu satu kemanisan perjuangan dakwah ini sedang menanti keberangkatan kita di destinasi abadi nanti.
Video dedikasi untuk akhawat tercinta ini, saya temui di blog teman baik saya, Nurul Iman Jamalullail. Moga kemanisan ukhwah, tarbiyah dan dakwah ini mampu kita rasai dan kecapi bersama.
Bingkisan nurani,
iman muslihah
Sheffield, UK.





12 comments
Comments feed for this article
April 9, 2009 at 1:09 am
hartini
oh~brjaya lagi hati ini disentuh. ngs lagi bc entri ni. tini pn br je temui apa y dicari baru je thn lps,msh baby lagi.hoho. tini pun msh lagi plu naik kereta api dakwah. skerap yg mungkin. ya sekerap-kerapnya. sbb msh lemahnya diri ni. doakn tini ye! fighting!^^
April 9, 2009 at 9:03 am
adilah
jazakillah wani…sharing yg saaaaaangat menarik! smoga semangat “kejutan letrik’ itu tak padam2 dari hati kita dan adik2…
kita selalu kagum dgn cara korg sentuh hati adik2…dan kita wondering, bolehke kita buat benda yg sama?? takut~ doakan ye akhawat!!!
semoga kita semua thabat di jln nih..hingga ke titisan darah terakhir kalau boleh…
salam sayang dr cork…kem salam adik2 wani ye~~
April 9, 2009 at 1:41 pm
hajar
Allahu Akbar!
wani wani..
enti mengingatkan ana pd zmn ana mula2 dpt tarbiyah dlu.huhu
mmg rindu benar nk merasai blk zmn tu,zmn di mana smngt kte sgt berkobar2..
smoga kite trus istiqamah atas jln ni dan begitu juga smngt kita ameen.
jazakillah wani atas tazkirah.
p/s:nak resepi karipap.hehe
hajar,irbid
April 10, 2009 at 8:43 am
halawatuliman
salam my dearest sisters,
jazakumullah for the veeeerrryyy quick responses! (kinda shocked!)
hihi
anyway, I did not write this piece of entry to show off my tarbiyah experience, but it is kind of my own reflection and muhasabah, of what I have gone through on this path. It was soooooooo difficult , I must admit. I must say, while i was writing this entry, I was overwhelmed with a bit of dissappointment towards myself. Or should i say, an embarassment? *sigh*
Despite of receiving a year of tarbiyah, honestly speaking, I did not manage to grab “a whole year of tarbiyah”. I guess sometimes, i had wasted the effort that i have struggled to make.
I might had took hours of journey going out of sheffield for series of daurah..
I might had spent hundreds of pounds ..going out for tarbiyah programmes and daurah..
I might had sacrificed my weekends for those stuffs, having ISK..usrah with my dear sisters instead of having free time going out with friends, shopping or etc..
But, it is a great dissapointment when there is a time, I could not maintain the spirit of being a true daie like my other sisters who had sacrificed much more than me.
I cried too much while writing this entry. I don’t know.
I want to be a “petualang” in dakwah and tarbiyah, but when there was a time I had too much self-conflict which I had to face by myself, I was mad at myself.
Should I be like this?
Should I be weak?
Weak like this?
Oh dear..
A daie can’t afford to go out and preach his Deen if he is weak.
“Di mana dicari pemuda Kahfi?”
“Terasing demi kebenaran hakiki”
“Di mana jiwa pasukan Badar berani?”
“Menoreh nama mulia perkasa abadi”
But sometimes, I could not resist being weak!
That is why I need my sisters to wrap around my shoulder..
and
Tell me ..
“you are strong my dear sister”
“No matter how great the responsiblity of Shahadatul Haq, I ll be on your side”
” Wipe your tears my dear sister..”
God, please give me your strength..
iman muslihah
14 rabiul akhir
April 12, 2009 at 9:16 am
as
everytime i read your entry i was impressed that you could write quite a long entry with a constant input inside. Means selari je takde part yang down jap pastu naek semula
sampaikan tiap kali baca, jas sekadar baca jelah tak leh nak komen dah sebab semua dah ada dalam entry. haha.
Ilham tu dari Allah. When i decided to keep on writing, as jas nak disiplinkan diri at least worst 3-4 hari sekali ada satu. And tamau jadikan hectic pada daily life sebagai sebab untuk tak menulis. That is why if u look at my entry sume pendek2 je kan
tu maknanya memang takleh nak type panjang2 sebab time constraint. Cukup quality je kot tapi memang kalah quantity. Sama gak macam yours, jarang-jarang pun, tapi sekali tulis, pergh..memang banyak input
oklah tu balance
lagipun keep on updating blog leh sumbang part ukhuwwah
sebab people come and ziarah sume, and we do the same. That’s how it is.
woo..dah berjela.
take care~
April 13, 2009 at 2:47 pm
ms happiness
saya suka view blog akak sebab setiap kali saya baca entry akak
rasa rindu dengan Blok E datang..
seolah-olah dicharge semula iman ini
rindu semua geng2 surau Blok E
teringat ketawa kita bersama2
kita mungkin dari sekolah laen dari latar belakang lain
tapi kita mampu berkumpul di surau Blok E
atas satu matlamat
mencari keredhaan-Nya
betul kata Wan tue,
kadang2 kita mengabaikan sesuatu yang ada depan mata..
jazakillah kak Wanie
Insya-Allah, bila ada rezeki saya jejak kaki ke Sheffield yer
akak juga jangan segan2 datang Belfast..
p/s :hari tue ada seorang prof mintak saya cara nak apply thru clearing
dia nak emel akak..bleh ke saya kasik?
April 13, 2009 at 7:56 pm
Iman
lol karipap tu mmg kempunan, balik tak sempat pun nak makan karipap yg dibuat bersama-sama dgn penuh kasih sayang tu. lol . balik sheffield dok teringat-ringat je keje nye.
Hmm tu la indahnya Islam itu datang when i’m not in my own country which is claimed as Islamic Country, but when i’m here in this British country.Datang sini barulah berkenalan dgn keindahan Islam,definisi Islam.dah biasa sgt tengok banyak versi Islam kat Malaysia sampai tak tau mana satu Islam yg btol. When i’m here, barulah jelas antara Kafir dan Islam.
Tak sangka cahaya tu datang bila di sini….
April 14, 2009 at 5:52 pm
cahayaenam
alamak..tidak2!..kenapa sy tidak dilabel sebagai si Z je k.wani..ish2..abih ar abih ar, pasni mesti rmi peminat..kui2..hehe, prasan tol
jzzklah sis..SCUK ‘09 mmg bermakna.smpi demam..doakan saye…byk kan dugaan hidup ni?…mahalnya mahar ke syurga……sob..sob..
April 15, 2009 at 9:46 pm
halawatuliman
salam
tini..tini ni asyik menangis je baca entry akak. huhu. bagusnya kalau tini dapat kesedaran dakwah ni awal. akak ni, datang negara org, baru temui semangat ini.
cant wait to see you here!
Adilah:
jazakillah ukthi..sudi melawat ke teratak hamba. kita dah berjaya jumpa blog awak sebenarnya..hihi.
ukhti, jazakillah sebab dulu awak adalah kawan yg tak pernah putus asa ajak kita pergi dengar pengisian masa di KMB. walaupun masa tu selalu je kita nak skip, tapi awak tak pernah jemu mengajak. tabah betul awak.
mungkin current electricity dakwah kita tersangkut kat penjana elektrik masa di malaysia kot, tu yang sampai sini, baru terkejut kena arus elektri dakwah tu. banyak hikmahnya..
nak sentuh hati orang tidak senang. huhu. mungkin kita kena selalu muhasabah diri dan hati sendiri. kadang2 rasa rendah diri compared to sisters lain yg lebih hebat amalan2 dan qiyam. sebenarnya kita sangat kagum dgn sisters eire. selalu berkorban wang n tenaga lebih banyak drpd kami di uk ni utk program dakwah dan tarbiyah. masyaalah..moga semangat antunna tu mengalir ke dalam darah kami insyaalah.
Hajar:
jazakillah ukhti.
seronok sebenarnya dengar cerita ukhti hari tu. tapi skrg ana sibuk berpulunan nak exam, jarang dapat online, nanti kita cakap2 lagi ya. huhu.
resepi karipap senang je…
klik mesra.net.
haha.
April 15, 2009 at 10:01 pm
halawatuliman
as,
glad knowing you, u know. tapi memang kagum la tengok as menulis selalu. asyik berupdate je blog. kalah saifulislam punya entry. hehe.
semoga kuat ye as! ada rezeki kita jumpa di malaysia.
p/s: kalau as disiplinkan diri menulis 3-4 entry seminggu, saya disiplinkan diri menulis satu entry seminggu. (disiplinlah sangat..haha)
ms happiness:
oho..akak pun rindu juga adik2 kmb ni. seronok kenal kalian, mcm2 perangai. akak tak sabar nak tunggu nana datang. hehe.
harapnya walaupun bumi kmb sudah ditinggalkan, namun kemanisan iamn yg pernah dirasai tidak kita lupakan. teruskan mengejar halawatul iman sepanjang hidupmu.
p/s: kejar halawatul iman tu, maksudnya kejar kemanisan iman ye..bukan kejar kak wani..haha
kak iman:
seronok sangat kak iman join trip daurah hari tu. alhamdulilah, harap2nya bertambah2 lah mutiara pejuang islam muslimah lepas ni. insyaalah, walaupun sinar islam tu dapat di sini, moga bila kita dah kembali ke tanah air, sinar itu akan terus bergemerlapan. sebab cabaran utama kita ialah bila kita balik malaysia. di situlah medan juang kita. di sini, kita terlalu selesa dgn tarbiyah, tiada siapa halang kita pergi daurah, tiada siapa memberi pandangan skeptikal tentang dakwah..
tapi bila kita dah balik nanti., di situlah anak2 bangsa yang perlu kita tarbiyah..lagi satu kan kak iman, takuit nanti bila balik malaysia, terkena gejala futur..nauzubillah..ye lah, bila dah berkeluarga, sibuk dengan kerja lagi, anak2 lagi..takut tarbiyah dan dakwah terbang entah ke mana…ya allah, cuak pula bila cakap benda ni..persiapan diri tak cukup lagi ni..
p/s: kak iman, jom kita buat kerja dakwah sama2 ^_^
cahayaenam:
hehe..adik wan sitah ni..bila masa pula adik betah berasa malu..hihi. tapi kan akak pelik, kenapa kena letak huruf Z, bukan nama penuh wan nur sitah ke? tak ada pun huruf z..aishh..
teruskan bermujahadah ye..nanti, insyaalah ada rezeki akak akan bertandang ke loughborough..doakan.
p/s: bab perasan nombor satu..
love,
kak wanie
April 16, 2009 at 2:03 pm
ainul arina
salam kak wanie. lama tak menyinggah sini
baca entry kak wanie kali ni, terasa macam saya kena tampar banyak kali plak… sebabnya kadang2 semangat saya pun naik turun naik turun.. huhu, malunya lah… allah dah kasi peluang, kadang2 itu pun susah nak terima.. semoga saya dpat jadi macam akak2 semua
April 20, 2009 at 12:09 pm
didie
akk..so touching!!!uhuk3