Untuk dia yang sedang gagah bertarung.
Suka dan duka.
Berani dan gentar.
Hidup dan mati.
I
Dia berkata: Langit bersedih dan kelihatan murung.
Aku berkata: Tersenyumlah! Biarkan sahaja kemurungan itu berada di langit.
Dia berkata: Keraguan hati mula merasukku.
Aku berkata: Tersenyumlah! Dukacita ini tidak akan kembali, kerana ia telah mati.
Dia berkata: Langit di angkasa telah bersatu dengan cinta yang berkobar dalam jiwaku dan bertukar menjadi neraka jahannam. Dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Maka bagaimana harus aku tersenyum?
Aku berkata: Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap berada dalam kesedihan, kau akan habiskan seluruh hidupmu bersama kesedihan! Kau akan habiskan hidupmu dalam kepedihan!
Dia berkata: Musuhku berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutkanku.
Aku berkata: Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untukmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka.
Dia berkata: Malam-malamku berlalu dalam kepahitan.
Aku berkata: Tersenymlah! Jika engkau berasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaanmu jauh-jauh.
II
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut wajahmu berbuah kedukaan.
Tersenyumah!
Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan beredar.
Oleh itu, kita menyukai bintang-bintang.
III
Dia berkata: Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik.
Ia datang ke dunia ini dan tetap akan pergi walau terpaksa.
Aku berkata: Tersenyumlah! Selagi nyawa dikandung badan, selama engkau masih hidup.
Kerana engkau sudah terlalu lama tidak tersenyum!
IV
Aku: Jangan bersedih.
Dia: Ah, mudah sahaja lidah menuturkannya. Yang menanggung luka siapa?
Aku: Jangan bersedih.
Dia: Ya, jangan bersedih kau kata. Rasa sakitnya, engkau tidak tahu.
Aku: Ya, aku tidak tahu rasa sakitnya. Tapi Allah tahu.
Allah tahu sahabatku.
Allah tahu.
Maka, sudah tentu Allah bersama-samamu.
Loch Lomond Scotland 08
diolah dan digubah daripada La Tahzan, Karangan Dr Aidh Al Qarni.
iman muslihah
Sheffield, UK.
16 Rejab 1430.





7 comments
Comments feed for this article
July 9, 2009 at 11:57 am
as
yeah jangan sedih
ramai lg hidup lebih merana dari kita
thats it.
July 10, 2009 at 3:33 pm
halawatuliman
senyuman untuk as.
July 10, 2009 at 7:51 pm
Lah
Salam alaik!~
hehe…mcm knal je org dlm gmbr tu…kiki.
btol..kehidupan ni hanyalah sprt satu pentas lakonan..n kitalah pelakon2nya. Berlakonlah dgn acuanNYA..bkn mengikut rse hati dan nafsu semata..
dan kehidupan ni tentu ade psang surutnya. Ada masa kt diberi brmcm nikmat..ade masa kt diberi ujian..dua2 pn hadiah berharga dariNYA inshaAllah. He knoes wats the best for us iA…
“Dan brjihadlah kamu di jln Allah dgn sebenar2 jihadnya. Dia tlh memilih kamu dan tidak mnjadikan kesukaran utkmu dlm agama”..22:78
Buat sume yg sdg berjuang fillah utk exm atau ape2 je utkNya inshaAllah, truskn mujahadah… truskn berdoa… mg Dia kurniakn yg trbaek utk ISLAM dan kt sume iA…
Jg diri jg iman iA~yg merindui sisters seglobe..(*-*)
July 11, 2009 at 7:35 am
rusna
salam alaikum~
alaikum salam [jwb salam lah2 lomond ^_^]
July 11, 2009 at 7:40 am
rusna
tersilap tekan enter td.. huhu
setiap apa yg berlaku terhadap kita itulah yg terbaik..
keadaan yg terbaik untuk kita mendekatkan diri kpd Allah..
hatta, seseorg itu dilahirkan bukan islam sekalipun.. itulah kedaan yg terbaik untuk dia mengenal al-Khaliq iaitu Allah..
Allah adalah sebaik2 perancang..
adalah tu.. hikmahnya..
berjuang fillah~
moga hati ini dithabatkan di jalan ini selamanya.. amin~
July 11, 2009 at 7:43 am
kak zulfa
syukran adik wani for this entry
i love it! i will always smile
July 11, 2009 at 7:00 pm
halawatuliman
salam sisters!
lah: jazakillah sis! setiap masa pun kita diuji. waktu susah, waktu senang ..semua itu ujian. kadang2, kita rasa sedih sangat bila diuji dgn kesusahan, tapi sebenarnya masa waktu susah itulah kita akan lebih banyak bergantung kepada allah, lebih rapat dengan allah. pada waktu lapang pula, kita mudah sangat lupa nikmat allah. sebab tu dikisahkan ada seorang sahabat rasullulah yang sentiasa berdoa supaya allah berikan dia kesusahan dgn harapan dia akan sentiasa ingat allah. allahuakbar! hebatnya iman sahabat!
rusna: sis, sayang kamu!!!
kak zulfa: promise me, smile always ok? tak sabar nak duduk sama dgn akak. insyalah we help each other ok? ukhuwwah fillah! love u!