27 Julai 2009.

Alhamdulilah saya telah selamat sampai ke tanah air pada lewat malam 26 Julai.

Insyaallah saya akan berada di sini dalam masa tiga minggu sahaja. Memang pendek.

Jika dibandingkan  harga tiket yang berharga GBP800 /sekitar RM4000 dengan masa cuti yang amat singkat, memang tidak berbaloi. Bayangkan, sehari saya berada di Malaysia berharga sekitar RM200! Saya kira, ini adalah “tiket percutian” termahal setakat ini dalam hidup saya. Tetapi bagi saya menatap wajah -insan-insan tercinta lebih berharga daripada segalanya. Namun tiga minggu juga bukanlah masa yang boleh saya bazirkan dengan sia-sia. Jika sehari saya me”lagho”, terbang RM200 begitu sahaja. Alangkah ruginya saya! Alangkah zalimnya saya!

Hampir separuh hari saya berperang dengan internet connection Celcom Broadband yang perlahan. (baca: SANGAT perlahan). Sengaja saya meletakkan status di YM, “internet slow= bersabar”.

Tiba-tiba seorang ukhti yang amat saya sayangi di utara UK menegur,

zfawiza: salam
zfawiza: ukhti
norshazwani othman: salam
zfawiza: selamat menghadapi internet slow
norshazwani othman: huhu
zfawiza: dan selamat bermujahadah
norshazwani othman: insyalah
zfawiza: i just got back from msia
norshazwani othman: alhamdulilah
zfawiza: n just glad im ‘out’ of msia
zfawiza: huhu………….

zfawiza: sgt dasyat
norshazwani othman: kenapa ye?
zfawiza: ujian dier besar
zfawiza: mungkin sbb saye balik sekejap sgt
norshazwani othman: boleh share?
zfawiza: so ‘tahanan’ pun agak ganass
norshazwani othman: kite pun balik 23 hari je ni
zfawiza: satu usrah/program pon sy takley ikut

sisters je dtg umah…
zfawiza: Alhamdulillah
norshazwani othman: ohhh
zfawiza: sisters kena tahu ape prob kite
zfawiza: baru mrk bley tlg
norshazwani othman: i see
zfawiza: byk manusia nak tlg
zfawiza: kite je kena jerit mintak tlg
zfawiza: iA
norshazwani othman: buat usrah kat rumah akak?

zfawiza: ade dtg share bhn daurah,ziarah
zfawiza: n kongsi pengalaman dakwah
zfawiza: byk sharing ttg porgram, katibah
zfawiza: bende2 camtue la
zfawiza: belajar drpd mrk
zfawiza: iA

Itulah kak Zaza, Obor Ad deen Aberdeen, yang menerangi jalan dakwah di utara UK sana. Siang malam fikir tentang dakwah. Saya masih ingat sebulan yang lalu, ketika saya masih berlawan dengan suasana baru di clinical attachment , entah mengapa saya sangat mudah penat , kurang teratur  dan mudah berserabut.  Itu baru bersangkut paut dengan hal peribadi. Hal dakwah? Hal tarbiyah? Mahu sama-sama dikorbankan kah? Nauzubillah.

Hujung minggu itu, saya melarikan diri sebentar ke Scotland untuk satu daurah yang sangat bermakna. Ia menjadi bermakna kerana dalam masa yang amat singkat, saya berpeluang bertemu dengan sisters “tegar dakwah”.Lebih istimewa lagi dapat bersua muka dan “menyerap” sebanyak mungkin aura mujahidah dalam diri obor Ad deen Aberdeen ini.

Hmm.. cuak pula saya. Mampu tak agaknya saya masa cuti yang ada ini untuk Islam?

Tambahan lagi, mampu tak juga agaknya untuk saya melatih diri dalam tempoh sepurnama yang berbaki ini untuk menghadapi “peperiksaan Ramadhan 1430 H” nanti?

Tanggungjawab terhadap tarbiyah diri,dakwah, keluarga, pelajaran, sisters dan banyak lagi.

Tanggungjawab..tanggungjawab..tanggungjawab…

Selagi nyawa tidak dicabut, selagi itu tanggungjawab tidak berhenti memburu.

Doakan semuanya dipermudahkan, insyallah.

 

 

p/s: Oh ya, kepada sahabat handai yang sudah selamat berumah tangga, selamat alam rumah tangga.  Moga Allah merahmati urusan kalian. Satu lagi tanggungjawab baru untuk kalian! :-)

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Demi Masa.

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

 

renungan untuk diri,

iman muslihah

muar Johor.

5 Syaaban 1430