You are currently browsing the monthly archive for October 2009.
24 Oktober 2009
Bismillahirrahmanirahim..
GG
Ketika kerja dan assignment bertimbun-timbun, exam yang bakal menjelang awal disember, keperluan tarbiyah utk diri sendiri dan mad’u yang perlu ditatang, tiba-tiba saya teringat saat-saat saya dan rakan-rakan Kem Eksplorasi Minda 2008 bertungkus lumus membuat persiapan kem. Berbagai-bagai insiden berlaku, ada fasilitator yang menarik diri pada saat-saat akhir, module yang agak tunggang langgang ketika mana kem bakal berlangsung dalam masa 2-3 hari lagi, dan berbagai lagi. Tetapi alhamdulilah, dengan berkat kerjasama dan izin Allah, segala-galanya berjalan lancar.
Begitulah adat hidup manusia, pasti akan dilanda cubaan dahulu sebelum diberi kejayaan yang manis.
Baiklah, mari kita terus berlari dan berlari…kerana tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.
Ihsan video: Encik Nabil Ali- sifu photografi ISAC Studio
video Kem Ekplorasi Minda 2009- saya tidak dapat turut serta dalam pelaksanaan kem pada kali ini.
video kem eksplorasi minda 2008
Ihsan video: hanaikhlas
sahabat..rindu kamu!!![DSCN0250[1] sahabat..rindu kamu!!](http://halawatuliman.files.wordpress.com/2009/10/dscn02501.jpg?w=340&h=258)
halawatuliman,
information common,
Univ of Sheffield, UK.
Rabu,21 Oktober 2009.
11.28 pm
jj
Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja kejutan-kejutan yang mengusutkan fikiran saya.
Cuma kejutan yang baru saya terima tadi adalah kejutan yang paling saya takuti.
Kejutan yang paling tidak disangka.
Saya tak mahu hari itu datang..
Saya tahu hari itu akan datang..tetapi kenapa terlalu cepat?
Mampukah saya bertahan?
…
Saya sedih..
Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do’a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi
Oleh: Ed coustic

ya allah, ampun aku kerana membiarkan kesedihan menyelubungiku…
ya allah, izinkan aku untuk bertahan..
halawatul iman
Salsabila ,Broomhall.
2 Zulkaedah 1430
Bila hati berkata-kata…
“Islam itu bersifat meruntuh dan membina. Ia meruntuhkan kejahatan JAHILIYYAH dan kemudian ia membina kerikil TAUHID.Untuk menundukkan jahiliyyah, ia memerlukan senjata TARBIYYAH,”
“Untuk menggenggam TARBIYAH, memang tidak mudah, memang payah.”
“Biarlah orang kata jalan TARBIYAH itu lambat dan perlahan. Kerana jalan tarbiyah dan dakwah bukan seperti lebuh raya yang lebar dan selesa, apatah lagi ditaburi bunga. Tidak sama sekali!”

Promosi Winter Retreat 2009 – Daftar Sekarang
Assalamualaikum wbt,
Dengan penuh kesyukuran, Majlis Syura Muslimun (MSM) UK & Eire sekali lagi akan menganjurkan program Perhimpunan Musin Sejuk 2009 (Winter Retreat 2009) yang akan berlangsung di Loch Lomond, Scotland pada 20 – 23 Disember 2009 (sisters) dan 23 – 26 Disember 2009 (brothers).
Maklumat lanjut berkenaan dengan penceramah jemputan dan yuran akan dimaklumkan kelak di dalam laman web ini.
Jom mendaftar dengan menghantar e-mail kepada winterretreat09@yahoo.co.uk. Penyertaan adalah terhad.
Bagi peserta dari Sheffield, hantarkan penyertaan kepada sis Norshazwani Othman di iman_muslihah@yahoo.com.

Beberapa minggu yang lalu, ramai adik-adik tahun pertama mendarat ke bumi UK buat pertama kalinya. Sheffield tidak terkecuali dibanjiri dengan kehadiran mereka. Setelah beberapa bulan lamanya, kawasan perkampungan Melayu Sheffield (Broomhall) sunyi dengan kelibat-kelibat pelajar Melayu undergrad, akhirnya kawasan ini meriah kembali. Malah, rumah kami Salsabila juga tidak sunyi dikunjungi tetamu-tetamu baru ini.
Teman-teman serumah saya memang hebat memasak, jadi setiap tetamu yang hadir tidak pernah pulang dengan perut kosong. Selain santapan makanan dalam talam, kami tidak pernah melupakan santapan rohani. Memang menjadi kelaziman bagi kami serumah untuk menyampaikan tazkirah dan perkongsian ilmu setiap hari, usai solat jemaah. Alhamdulilah.
Suasana seperti ini benar-benar mengimbau kenangan silam saya di Kolej Mara Banting. Setiap orang ada giliran masing-masing untuk menyampaikan tazkirah. Kadangkala, ada penyampai yang bersemangat, siap dengan slide show dan video lagi. Bersajak pun ada.
. Apabila sebut sahaja blok E, perkara pertama yang melintas di fikiran saya adalah Surau kami di blok E. Di situlah kami menyulam benang-benang emas ukhuwwah.
Di situlah saya mengenali Nazirah, Lah, Rusna, Ezzathy, Wan Mai, Iman, Kirin, Aisyah Khaulah, Nadiah dan lain. Kenal di sini, bukanlah maksudnya “berhai-hai dan bye-bye”. Tetapi kenal mereka sebagai mereka. Gembira mereka, sedih mereka, marah mereka, rajuk mereka. Saya masih ingat, ada suatu ketika saya pernah merajuk dengan Rusna. Huhu.. Lama juga rajuk saya. Hingga Ezzathy terpaksa jadi orang tengah. Huhu. (Sebab apa? Tak boleh bagitahu..rahsia..
) .Namun, rajukan kami itulah menjadikan hubungan kami amat rapat. Walaupun kami dipisahkan beribu kilometer, namun hubungan kami amat erat. Perantaraan YM dan emel tidak pernah memudarkan kemanisan ukhuwwah kami.
Gembira, sedih, tawa , tangis, marah, rajuk kami inilah mewarnai pelangi persahabatan kami.
Hari ini, ramai antara sahabat-sahabat saya ini semakin sibuk dengan rutin dan tuntutan kewajipan masing-masing. Ada juga yang sudah lama tidak kedengaran berita. Blog juga sudah berhabuk berinci-inci. Benarlah, kedewasaan dan tanggugjawab amat dahagakan masa. Jika dahulu, terlalu banyak masa untuk diluangkan bersama-sama rakan-rakan sebaya, kini kesempatan itu tidak selalu hadir dengan mudah.
Namun, untuk sahabat-sahabat saya di luar sana, walau di mana pun kalian berada, dan apa pun yang dilakukan, saya mendoakan agar kalian sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah. Maafkan saya jika saya juga semakin kurang mengirimkan khabar. Cuma saya mengharapkan kesunyian itu tidak akan melunturkan warna-warni kenangan silam kita yang indah. Ukhuwwah Fillah abadan abada!

memori..
Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa
Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya
Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Salam cinta ukhuwwah,
halawatuliman
Salsabila, Broomhall.
Sheffield.
26 Syawal 1430
Sabtu, 10 Oktober 2009.
Pagi ini, bumi Sheffield masih basah. Matahari baru sahaja datang. Hujan yang bercucuran datang pada hari-hari yang semalam mungkin sudah segan asyik bertandang. Sesekali bayu bertiup, bunyi-bunyi burung menyambut seruan alam. Warna-warna keceriaan mula terlakar di dada langit. Barangkali burung-burung itu sudah tahu, tatkala hujan dan mendung menghilang, sang pelangi akan datang memberi salam.
Ah, bahasa alam memang puitis.
Sudah lama saya tidak mentadabbur bahasa alam. Bukan tidak mahu, tetapi saya gagal menemukan ruang-ruang waktu yang mampu menghanyutkan saya dalam keindahan panorama alam buana. Saya terpaksa akur dengan peredaran masa yang sungguh radikal. Pagi hingga ke lewat petang fizikal saya tunduk kepada tuntutan terhadap pelajaran. Semakin lama, ia semakin mendesak. Hingga kadangakala saya kehilangan nafas yang panjang.

Assalamualaikum wbt.
Sejuta kemaafan saya pohon atas badai kesepian yang melanggar wilayah www.halawatuliman.wordpress.com. Masih sedang mencari ruang-ruang kelegaan waktu dan tenaga untuk menintakan cebisan perasaan yang semakin terperosok di pedalaman hati.
Salam Aidilfitri 1430,
halawatul iman
Royal Halamshire Hospital,
Sheffield.





Recent Comments