Beberapa minggu yang lalu, ramai adik-adik tahun pertama mendarat ke bumi UK buat pertama kalinya. Sheffield tidak terkecuali dibanjiri dengan kehadiran mereka. Setelah beberapa bulan lamanya, kawasan perkampungan Melayu Sheffield (Broomhall) sunyi dengan kelibat-kelibat pelajar Melayu undergrad, akhirnya kawasan ini meriah kembali. Malah, rumah kami Salsabila juga tidak sunyi dikunjungi tetamu-tetamu baru ini.
Teman-teman serumah saya memang hebat memasak, jadi setiap tetamu yang hadir tidak pernah pulang dengan perut kosong. Selain santapan makanan dalam talam, kami tidak pernah melupakan santapan rohani. Memang menjadi kelaziman bagi kami serumah untuk menyampaikan tazkirah dan perkongsian ilmu setiap hari, usai solat jemaah. Alhamdulilah.
Suasana seperti ini benar-benar mengimbau kenangan silam saya di Kolej Mara Banting. Setiap orang ada giliran masing-masing untuk menyampaikan tazkirah. Kadangkala, ada penyampai yang bersemangat, siap dengan slide show dan video lagi. Bersajak pun ada.
. Apabila sebut sahaja blok E, perkara pertama yang melintas di fikiran saya adalah Surau kami di blok E. Di situlah kami menyulam benang-benang emas ukhuwwah.
Di situlah saya mengenali Nazirah, Lah, Rusna, Ezzathy, Wan Mai, Iman, Kirin, Aisyah Khaulah, Nadiah dan lain. Kenal di sini, bukanlah maksudnya “berhai-hai dan bye-bye”. Tetapi kenal mereka sebagai mereka. Gembira mereka, sedih mereka, marah mereka, rajuk mereka. Saya masih ingat, ada suatu ketika saya pernah merajuk dengan Rusna. Huhu.. Lama juga rajuk saya. Hingga Ezzathy terpaksa jadi orang tengah. Huhu. (Sebab apa? Tak boleh bagitahu..rahsia..
) .Namun, rajukan kami itulah menjadikan hubungan kami amat rapat. Walaupun kami dipisahkan beribu kilometer, namun hubungan kami amat erat. Perantaraan YM dan emel tidak pernah memudarkan kemanisan ukhuwwah kami.
Gembira, sedih, tawa , tangis, marah, rajuk kami inilah mewarnai pelangi persahabatan kami.
Hari ini, ramai antara sahabat-sahabat saya ini semakin sibuk dengan rutin dan tuntutan kewajipan masing-masing. Ada juga yang sudah lama tidak kedengaran berita. Blog juga sudah berhabuk berinci-inci. Benarlah, kedewasaan dan tanggugjawab amat dahagakan masa. Jika dahulu, terlalu banyak masa untuk diluangkan bersama-sama rakan-rakan sebaya, kini kesempatan itu tidak selalu hadir dengan mudah.
Namun, untuk sahabat-sahabat saya di luar sana, walau di mana pun kalian berada, dan apa pun yang dilakukan, saya mendoakan agar kalian sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah. Maafkan saya jika saya juga semakin kurang mengirimkan khabar. Cuma saya mengharapkan kesunyian itu tidak akan melunturkan warna-warni kenangan silam kita yang indah. Ukhuwwah Fillah abadan abada!

memori..
Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa
Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya
Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Salam cinta ukhuwwah,
halawatuliman
Salsabila, Broomhall.
Sheffield.
26 Syawal 1430





5 comments
Comments feed for this article
October 15, 2009 at 2:42 pm
rusna
salam, wanie yg disayangi kerana Allah~
huhuhu.. peristiwa itoo.. wanie ampun maaf dipinta ye atas ketidakmatangan kte.. huhuhu.. kte pun x leh lupe cite tu.. tp byk sungguh pengajarannya untuk kite~ jazakillah wanie sbb sudi maafkan kite..
tu la.. cakap je blok e terus teringat surau tu ^_^
tempat hati2 ini mula diikat..
indahnya perhubungan kerana Allah.. moga Allah redha amin~
terasa basahnya walaupun jarang2 benar bertemu
selamat menyuburkan dakwah di bumi masing2 korang!
October 15, 2009 at 4:25 pm
iman
salam wrt
tidak dpt tidak, terpaksa mengomen. hehe. mmg sgt2 rindu saat2 manis di kmb bersama kalian. i always wonderd tho i know its not quite possible, that if we could just pause the moment and make it last a bit more time. but yeah, here we are, scattered around the globe, in search of His blessings. i cn only pray the best for each and everyone of of us to be in His luv always always.
salam sayang,
iman
October 15, 2009 at 11:14 pm
lah
Salam alaik!~
Hati ini telah bersatu, berkumpul diperbumiMu
Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk menyokong
SyariatMu di alam maya..
Maka Ya Allah eratkanlah ..ikatan yang ada..2x
Kekalkan kemesraan yang ada , tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu tiada malap terangi alamMu
Hidup suburkanlah dengan makrifahMu
Tapi jika ingin mematikannya…Matikanlah sebagai syuhadah..
Dalam perjuangan menegakkan ..agama yg mulia..2x
Mengimbau memori bersama … Di situ, ukhwah bermula…Dengan izinNya, penamatnya di syurga kelak. Bersama2 kt mencari dan mengemis REDHANYA inshaAllah.. Selamat berjuang buat sahabat2 sume! maan taufiq wannajah!
merindui sisters,
lah de Musab
October 20, 2009 at 10:06 am
halawatuliman
rindu kat lagu rabitah hati tu!!!
huu~
oh, nama RI antunna musab ke? bestnye..nak pi czech!! doakan ye dpt sampai sana..
rindu antunna juga!
wani de salsabila
October 24, 2009 at 3:00 pm
lah
aah…Baitul Mus’ab~
inshaAllah wanie…jom doa same2! (^-*)