Warna-Warni Muslimah v3 logo

Alhamdulilah, selesai sudah acara gilang gemilang Warna warni Muslimah (WWM 2009) anjuran kerjasama MSM Sheffield dan Helwa Sheffield. Biarpun penat, tapi berbaloi. Moga ia mampu menyemarakkan semangat ukhwah dan menjadi batu loncatan kepada kerja-kerja dakwah. Biiznillah.

Saya mengucapkan  ribuan terima kasih kepada warga kerja WWM 2009 yang kebanyakannya merupakan pelajar post graduates kerana memberikan saya peluang untuk menyumbang walaupun tidak seberapa. Sebetulnya program ini adalah program anjuran pelajar-pelajar postgrad, entah macam mana saya boleh “tersesat” dalam kelompok ini :-) .   Pengalaman bekerja dengan mereka memang sangat berharga. Lain benar bekerja dengan golongan “ibu-ibu besi” ini. Walaupun sibuk dengan PhD dan  urusan keluarga, namun tidak sekali-kali mereka menjadikan semua  itu sebagai alasan untuk tidak bergerak demi dakwah dan Islam. Kelihatannya program ini seperti santai dan mudah, tetapi sebenarnya ada mesej dakwah yang ingin disampaikan kepada masyarakat umum dalam usaha untuk menarik mereka mengenali Islam dengan lebih dekat.

Melihat semangat wanita-wanita berjiwa besar ini, saya terkenangkan semangat padu seorang murabbiah yang amat saya kagumi dan segani. Ustazah Arfah, atau dipanggil mesra oleh mutarabbinya sebagai mama. Sorang penggiat dakwah yang cekal di Malaysia. Beliau mencintai dakwah dan tarbiyah melebihi segala-galanya. Memilih untuk membesarkan anak-anak seorang diri tatkala sang suami tidak lagi menyokong hasrat hatinya yang mendambakan dakwah dan tarbiyah sebahagian daripada darah dagingnya. Namun, berkat daripada kegigihan beliau membesarkan anak-anak di samping terus menyuburkan cintanya terhadap dakwah,  kesemua anak-anaknya dewasa sebagai insan hebat dan ada daripada mereka merupakan pendakwah yang dihormati (mengambil contoh: ustaz atdif).

Saya masih ingat lagi, betapa malunya saya kepada wanita yang berpangkat nenek ini, apabila beliau dikhabarkan tidak pernah meninggalkan solat malamnya di mana sahaja beliau berada. Ketika program PMS (II) tahun lepas, menurut Kak Aisyah (Muharikah) walaupun program selalu sahaja tamat pada lewat malam, beliau yang merupakan nadi dan murabbiah utama program tersebut adalah orang yang pertama bangkit daripada tidur untuk mengerjakan solat malam. Faham-faham sahajalah, menjadi penganjur sesuatu program bukan mudah. Kepenatan, kelesuan dan rasa mengantuk hanya Allah sahaja yang tahu. Namun, kudratnya yang tua itu melebihi kudrat kami yang masih muda ini. Astagfirullahal azim, malu rasanya menjadi orang yang muda tapi kekuatan fizikal tidak sehebat mana.

Saya pernah bersemuka dan menadah titisan tarbiyah “direct” daripadanya buat pertama kalinya  pada tahun lepas.  Ketika itu, kami di UK sedang menghadapi musim sejuk di mana waktu malamnya lebih panjang daripada waktu siang. Katanya,

“Untung betul antum duduk di sini, panjang betul malamnya,” katanya, sambil tersenyum.

Saya juga tersenyum. Meleret. ” Memanglah untung ustazah, dapat tidur lama sikit,” bisik hati saya.

Sambungnya lagi,” Kalau ustazah duduk di sini, mesti Ustazah suka. Dapat bangun malam 3-4 kali dalam satu malam. Yelah, malam panjang sangat. Bangun tidur, tak siang-siang lagi. Boleh tidur dan bangun buat qiyam banyak kali,” tenang sahaja tuturnya.

Entah mengapa tiba-tiba saya merasakan darah tersirap ke muka.

Pangg!! Seolah-olah ada satu pelempang hinggap ke pipi saya.

Ya Allah, aib betul saya rasakan pada diri sendiri. Kenapalah saya tidak terfikir macam Ustazah fikir. Qiyam 3-4 kali dalam satu malam?

Ustazah menyambung lagi, ” Sebenarnya qiyam adalah sumber kekuatan kepada pendakwah untuk buat kerja-kerja dakwah. Amalan qiyam inilah yang mempu menggerakkan hati dan tubuh untuk bergerak cergas demi dakwah. Kalau qiyam pun tak mampu nak buat, macam mana nak hadapi sepak terajang dakwah yang lebih berat dan penuh tribulasi? Nak jadi pendakwah memang kena lalui tarbiyah, tarbiyah hati, tabiyah iman. Memang tak ada jalan mudah untuk bawa dakwah. Tarbiyah mungkin bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.

Malam itu adalah  malam yang meninggalkan kesan amat mendalam terhadap saya. Malu pada diri sendiri lantaran amalan yang terlalu banyak compang camping dan cacat cela. Malu pada kudrat diri yang masih muda, tapi tidak sekuat wanita daie yang usianya hampir menjangkau 60-70 an. Allahuakbar..

Saya masih ingat lagi, disebabkan terlalu malu dengan diri sendiri , tatkala saya sampai ke rumah, entah mengapa saya menangis sendiri. Rasa macam betul-betul kena pelempang. Sampai tangisan terbawa-bawa ke tidur. Astagfirullahal azim..

Kini, alhamdulilah saya bersyukur tinggal di RI Salsabila kerana sisters serumah banyak memberi sokongan dan saling mengingatkan antara satu sama lain. Saya bertambah seronok kerana saya paling muda di sini dan kakak-kakak memang amat baik dan manjakan saya. hehe. Sebab tu saya belum rasa nak tinggalkan rumah ini lagi. ;-)

salsabila

Kak Zulfa, rindu kat akak, jangan lama-lama bercuti di malaysia tu!

jom bangun malam!

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

Terima kasih daun keladi.

 

Bersempena berakhirnya majlis Warna-warni Muslimah Sheffield 2009, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada teman-teman dalam team promosi yang banyak membantu . Moga Allah memberkati usaha ini:

AJK Promosi:

team induk:

1) Kak Yazriwati Yahya

2) Kak Wirdawati Abdul Rahim

3) Kak Mahnon Suria Mokhy

4) Kak Raudhah Ahmadi

5) Kak Aryati Bakri

team pembantu:

(jazakumullah kepada anak-anak usrah saya yang sangat berdedikasi- Team Usrah Tinta Nurani)

1) video introduction/montage dan video palestin-  adik ayu

2) pamphlet boikot Israel- adik dalila

juga kepada poster designer:

1) Lensahati@Photography

halawatul iman

@salsabila, Broomhall Sheffield.

p/s: minta maaf kalau tajuk macam kurang sesuai, tapi serius terasa macam kena pelempang sampai ke hari ini. Pelempang tarbiyah..^_^